10 Tips Yang Anda Boleh Lakukan Ketika Mendaki Gunung Kinabalu

Anda bercadang untuk mendaki Gunung Kinabalu buat pertama kali nanti? Ikuti perkongsian tips ini yang anda boleh lakukan sebagai persediaan sebelum mulakan ekspedisi dan perjalanan mendaki nanti.

10 tips ini lebih menjurus kepada mereka yang akan mendaki Gunung Kinabalu di Sabah. Tips ini merupakan perkongsian daripada majalah libur berkaitan perkara yang perlu buat sebelum mulakan pendakian Gunung Kinabalu yang kita tahu antara gunung tertinggi di Asia Tenggara.

Fakta Gunung Kinabalu

gunung kinabalu

Gunung Kinabalu merupakan puncak yang tertinggi di Malaysia dan juga Pulau Borneo apabila mempunyai ketinggian mencecah 4095 meter dari aras laut. Jika anda sampai ke puncah, bukan saja pemandangan indah, malah Gunung Kinabalu menawarkan pelbagai spesies hidupan flora dan fauna yang memukan sesiapa sahaja yang melihat.

Turut tersenarai di dalam gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara selepas Hkakabo Razi, Myanmar (5881 meter), Puncak Jaya (4884 meter), Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700 meter) di Indonesia. Ketinggian asal Gunung Kinabalu dipercayai lebih tinggi iaitu antara lima hingga lapan kilometer (km) dari ketinggian sekarang. Namun, hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun menyebabkan paras Gunung Kinabalu kini hanya tinggal 4095 meter.

Nama ‘Kinabalu’ merupakan perkataan kaum Kadazan dusun yang dicampurkan dengan ‘Aki’ yang bermaksud nenek moyang. ‘Nabalu’ pula bererti gunung. Maka, terjadilah nama Gunung Nenek Moyang atau lebih tepat lagi sebagai gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazan dusun.

BACA : 7 Destinasi Menarik Yang Ada Di Sabah

Gunung Kinabalu mempunyai 7 puncak tertinggi iaitu :

  1. Puncak Low’s (Low’s Peak) (4095.2 m)
  2. Puncak St. John’s (St. John’s Peak) (4090.7 m)
  3. Puncak Oyayubi Iwu/puncak victoria (Oyayubi Iwo Peak) (3975.8 m)
  4. Puncak Kakak Buruk (Ugly Sister Peak)
  5. Puncak Raja Edward (King Edward Peak)
  6. Puncak Telinga Keldai (Donkey Ears Peak)
  7. Puncak Tunku Abdul Rahman (Tunku Abdul Rahman Peak)

Selepas itu, anda perlu tahu beberapa perkara berkaitan pendakian Gunung Kinabalu ini antaranya adalah :

  • Tempoh pendakian biasa ialah selamat 3 hari 2 malam
  • Hari pertama sebaik-baiknya anda bermalam di Taman Kinabalu supaya lebih bersedia untuk mendaki sebelah pagi kemudian hari
  • Hari kedua, mendaki dari Timpohan Gate (permulaan mendaki) ke paras 11,000 – 11,500 kaki dari paras laut. Anda akan bermalam pada ketinggian tersebut di rumah rehat
  • Hari ketiga, selalunya sekitar 2.30 hingga 3.30 pagi, anda akan meneruskan perjalanan ke Low’s Peak. Kemudian, anda dikehendaki turun semula hingga ke Timpohan Gate.

Ini tips dan perjalanan ketika berada di sana.

Tips Mendaki Gunung Kinabalu

gunung kinabalu

#1. Upah sahaja porter membawa naik dan turun beg-beg. Harga bagi porter dari Mesilau ke Laban Rata adalah antara RM10 bagi setiap kilogram. Dari Rimpohan ke Laba Rata pula ialah RM9 untuk setiap kilogram. Sediakan begpack kecil untuk mendaki

#2. Pakai kasut yang sesuai. Cari yang tapaknya kasar dan ada grip.

#3. Jangan berhenti di setiap hentian terlalu lama. Kerana apabila badan sudah cool down, lebih seksa hendak mulakan mendaki selepas itu.

#4. Bawa juga sweater dan gloves kerana apabil berada di puncak, cuaca akan menjadi sejuk dan berkabus

#5. Jika memerlukan tongkat, boleh sewa di Kinabalu Park HQ

#6. Jika tidur di GL, bangun awal sedikit dan turun ke Laban Rata untuk makan tengah malam sebelum mendaki. Sangat membantu untuk tenaga naik dan turun dari puncak

#7. Sentiasa minum air walaupun tidak rasa haus. Tetapi perlu pastikan minum air secukupnya

#8. Sebelum tidur, makan panadol! Dan jika hidung anda sensitif, pastikan makan ubat selsema yang tidak mengantuk sebelum mula mendaki dari bawah

#9. Semasa mendaki ke puncak di dataran batu, adalah dinasihatkan berhati-hati. Di situlah kawasan yang paling mencabar mental dan fizikal kerana cuaca sejuk, angin kuat dan gelap. Makan strategi perlulan dirancang awal. Sebagai contoh, jalan 10 langkah, rehat dalam 10 kiraan.

#10. Sentiasa berdoa, supaya tuhan memudahkan segala urusan sepanjang pendakian dan hindari daripada kejadian buruk.

Leave a Comment