Sebelum Pergi Ke Negara Matahati Terbit, Ketahui 10 Panduan Asas Travel Ke Jepun

Jepun antara destinasi pelancongan terkenal seluruh dunia termasuk pelancong Malaysia. Ramai yang impikan untuk datang atau travel ke Jepun bagi merasai sendiri suasana di sana terutamanya untuk tahun 2020 dan 2021 kelak.

Jepun walapun negara Asia, mereka pun ada 4 musim sama seperti Eropah. Jadi anda kena tahu bila sesuai datang sana. Ini kerana, bagi memberikan tahap kepuasan yang maksima apabila kita mengeluarkan wang untuk bercuti di sana. Jadi jom tengok tips asas melancong ke Jepun ini.

10 Tips Asas Travel Ke Jepun Yang Perlu Anda Tahu

Ini mungkin tips atau panduan yang sesuai untuk anda pertimbangkan. Jika tak sesuai, anda boleh dapatkan tips-tips yang lain yang pernah dikongsikan. Jangan lupa kongsikan juga tips ini dengan kawan-kawan anda keh.

Pilih Waktu Mana Hendak Pergi

Memilih waktu berdasarkan cuti umum. Ia adalah cuti umum Jepun. Apabila jadual trip serentak dengan cuti umum, ia boleh mengakibatkan kesesakan di jalan raya. Tambahan terlalu ramai orang menggunakan keretapi. Untuk musim pula:

Musim Bunga : Mac – Mei
Musim Panas : Jun – Ogos
Musim Luruh : September – November
Musim Sejuk : Disember – Februari

Kesesakan Jalan Raya

Kesesakan Jalan Raya sepanjang 20 km boleh berlaku. Pada ketika ini terlalu ramai orang keluar berjalan-jalan menggunakan kereta. Oleh itu, caranya adalah keluar awal-awal pagi supaya banyak tempat dapat dilawati. Ini jika anda ingin memandu di Jepun.

Pengangkutan Awam Dan Tren

travel ke jepun

Tren memberi peluang kepada pengguna melihat bagaimana sistem masyarakat Jepun ‘beroperasi’. Sebagai contoh, isu tepatnya masa tren yang sampai, isu beratur, dan juga tanggungjawab sosial yang diaplikasikan dalam masyarakat Jepun. Walaubagaimanapun, apabila melalui semua kesusahan menaiki tren, ia berbaloi memandangkan infrastruktur Jepun mengalakkan rakyatnya banyak berjalan kaki.

Di Jepun terkenal dengan bullet train mereka atau dipanggil Shinkansen. Tempat jauh, kini anda boleh sampai dengan pantas. Boleh guna juga perkhidmatan ini bagi merentas negeri.

Penggunaan Tangga Dan Lif

Bagaimana seandainya pergi membawa anak-anak kecil ataupun golongan veteran? Menaiki tren di sini bermakna mendaki dan menuruni tangga juga. Di Jepun, lif susah untuk dicari dan ini memaksa pengguna untuk menggunakan tangga sahaja. Kalau ada, biasanya untuk golongan OKU. Bagaimana pula seandainya mempunyai bagasi yang banyak? Ini akan menjadi masalah apabila mahu mengantkat untuk menaiki dan menuruni tangga.

Menaiki Teksi

Menggunakan kereta sewa di Jepun antara faktor mengapa trip menjadi mahal. Bayangkan caj sebuah teksi dari Lapanhan Terbang Narita ke bandar Tokyo (80km) saja mencecah RM700. Harga ini adalah ‘standard’ di sana dan tidak banyak untung sebenarnya kepada mereka. Fikir-fikirkan la.

Penggunaan Kereta Sewa

travel ke jepun

Menggunakan kereta membolehkan pengunjung menyusun jadual yang lebih fleksibel. Seandainya mahu berhenti di mana-mana tempat, berhenti sahaja. Kereta juga dapat membawa ke tempat di mana bas dan tren tidak mampu membawanya.

Untuk satu hari perjalanan, banyak tempat dapat dilawati seandainya menggunakan kereta. Contohnya, tempat-tempat berdekatan gunung Fuji tidak mempunyai pengangkutan awam yang kerap. Jadi kereta adalah jalan penyelesaiannya.

BACA : 20 Restoren Makanan Halal Di Jepun

Pengembaraan Solo

Bagi yang mahu travel secara solo, beberapa maklumat perlu disediakan sebelum pergi ke Jepun. Contohnya, bagaimana menggunakan internet dan jenis kenderaan yang akan digunakan. Susah sangat, naik tren je kan.

Internet Dan Wi-Fi

Internet dan Wi-Fi bukannya mesra pelancong tetapi internetlah sumber info yang sangat berguna. Bagi kes di Jepun, hampir semua perkara dapat dicari menggunakan internet termasuklah masa pergerakan tren di sana.

Khidmat Pemandu Pelancong

travel ke jepun

Bagi yang mahu menggunakan khidmat pemandu pelancong, perlu di fahami bahawa penggunaan bas sewa perlu mengikuti peraturan di Jepun. Anda boleh lihat travel guide Japan untuk ketahui lebih lanjut berkaitan ini.

Ini termasuklah peraturan bas selama 8 hingga 12 jam sahaja. Contoh, bas akan bergerak pada jam 9 pagi dan kemudian pada 5 petang bas akan tiba semula di hotel. Jadi dari jam 5 petang hingga 9 pagi esoknya, anda hanya duduk di hotel sahaja.

Seandainya mahu lebih dari itu, pemandu bas dan bas itu sendiri perlu ditukar dan ini menyebabkan kos trip menjadi mahal. Cari pakej yang naik pengangkutan awam je. Murah.

Alternatif Pengangkutan Dan Masa

Alternatif pengangkutan juga perlu dilihat memandangkan Jepun boleh menawarkan harga yang lagi mirah apabila bersedia sebelum tiba di Jepun.

Sebagai contoh, menggunakan pesawat yang tiba di lapangan terbang pada lewat malam mengundang masalah. Ketika ini, tren adalah alternatif yang menyusahkan kerana perkhidmatannta beroperasi pada waktu tertentu sahaja.

Sumber : Kamal Zharif

Leave a Comment