15 Tempat Menarik Di Sabah Terutamanya Kota Kinabalu Dan Kundasang

Sedang mencari tempat menarik di Sabah untuk anda lawati bagi tahun 2020 dan bercuti di hujung minggu dan musim percutian. Tengok sinilah senarainya apa lagi.

Sabah ni kalau nak teroka tempatnya memang tak cukup la seminggu, sebulan. Tempat menarik terlalu banyak. Kadang kita pergi sendiri, tapi tanya penduduk tempatan sebenarnya banyak lagi tempat menarik.

BACA : 7 Destinasi Menarik Yang Ada Di Sabah Part 1

Sekarang pun, Sabah menjadi destinasi popular dikalangan rakyat Malaysia. Jika tak mampu pergi ke oversea, ke Sabah pun sudah dianggap ‘oversea’ tau. Tapi bukan sebab itu sahaja la, di sana suasana pun macam oversea, lagi-lagi di kawasan Kundasang atau Kota Kinabalu.

Jadi kalau orang semenanjung apa lagi beli tiket flight dan terus terbang ke Borneo dan carilah tempat-tempat menarik yang ada di Sabah. Datang la beberapa hari, barulah puas.

Destinasi menarik ini dikongsikan oleh fatinsihan di twitter apabila beliau bersama rakan-rakan telah bercuti di Sabah terutamanya bahagian Kota Kinabalu dan Kundasang

1. National Kinabalu Park

Antara tempat menarik di Kota Kinabalu adalah berdamping dengan Gunung Kinabalu la kan. Datang di National Kinabalu Park untuk nikmati pemandangan yang cantik serta hirup udara yang nyaman dan segar. Anda boleh jalan kaki atau naik kereta disini. Anda hanya perlu bayar RM3 sahaja untuk masuk bagi setiap orang

2. Kundasang Mount Valley Recreation

Jika di Kundasang nak ingin merasai pengalaman aktiviti lasak, datang di Kundasan Mount Valley Recreation. Ini salah satu tempat yang menarik dengan aktiviti yang disediakan. Ada flying fox (RM27), memanah dan tempat lain juga seperti rumah 4 musim.

3. Sosodikon Hill

Tempat yang sangat cantik. Kalau anda dapat sampai ke atas, memang anda akan dihidangkan dengan pemandangan dan view yang sangat menarik. Bukitnya pun tidak lah tinggi sangat dan tidak curam pun. Just need to put some effort je. Bila lagi kan nak tengok pemandangan daripada atas bukit. Bayaran masuk RM3

4. Desa Cattle Dairy Farm

Ini memang tempat wajib datang kalau sampai di Kundasang ni. Tengok lembu! Untuk masuk ke sini, anda kena lalu guard house untuk entrance fees sebanyak RM5. Di sini ada jual susu fresh dari lembu tersebut, yogurt dan aiskrim. Kalau cukup masa, anda berpeluang untuk perah susu dan bagi makan lembu tu tau.

5. Mesilau Cat Village

Untuk pencinta kucing, anda disarankan untuk berhenti dan datang ke Mesilau Cat Village ni. Bayaran masuk adalah sebanyak RM5. Di sini ditempatkan kucing jalanan yang tidak bertuan dan dihantar ke sini untuk dijaga. Sangat banyak kucing disini. Comel-comel pula tu.

6. Poring Hotspring

Jadi jika anda ingin rasai kolam air panas, boleh datang di Poring Hotspring. Disini juga terdapat Canopy walk Poring masin-masing berharga RM3 dan RM5. Jadi datang sini, berendam sekajab dan boleh berpicnik di sini bersama keluarga.

7. Spa Ikan Tagal Luanti

Dah berendam tadi, pergi ke spa pula. Tapi kali ini spa alam semula jadi iaitu Spa Ikan Tagal. Biasalah, rendam kaki dan ikan akan memberikan layanan spa kepada anda. Biasa ikan kecil je kan, di sini atuk ikan besar pun ada. Untuk masuk sini, anda dikenakan bayaran RM5 dan jika bawa apa jenis kamera kecuali handphone akan dikenakan RM3.

8. Ladang Teh Sabah

Jika di Semenanjung ada Cameron Highland, di Borneo ada juga ladang teh iaitu di Ladang Teh Sabah. Jadi kalau anda nak merasai perbezaan ladang teh semenanjung dan borneo, anda boleh stop dan nikmati pemandangan disini.

9. Polumpun Melangkap, Kota Belud

Kalau anda jenis seorang yang suka camping, anda boleh kena datang sini at least 1 malam. View Gunung Kinabalu boleh nampak jelas daripada sini. Sungai yang jernih mengalir. Kalau malam boleh cerap bintang atau BBQ mungkin. Untuk masuk, anda perlu bayar RM3 dan bermalam harga lain keh.

10. Pulau Manukan & Pulau Sapi

Antara pulau terkenal di Sabah iaitu Pulau Manukan. Air yang jernih dan siap boleh nampak ikan dalam laut tau. Untuk pergi ke sini, anda pergi ke Jesselton, cari kaunter 9 – Island Hop Express, Team Orange. Dengan bayaran RM95 seorang, anda juga akan dapat rasai pengalaman Parasailing di Pulau Sapi tau. Memang berbaloi la.

11. Signal Hill Obvervatory Platform

tempat menarik di sabah

Tempat ini dibuka dan mula beroperasi pada pukul 8 pagi hingga 12 malam. Jadi kalau anda sampai sini, boleh la chill sambil lepak sekejab nikmati pemandangan daripada tempat tinggi. Bolehlah update feed Instagram kan.

12. Masjid Bandar Kota Kinabalu

Ini sepatutnya juga antara tempat menarik yang kita kena masukkan tak kira datang bercuti dimana-mana. Lagipun masjid ni memang cantik. Selain tu, boleh la rasai pengalaman solat Zohor pukul 12 tengah hari kan kalau anda datang dari Semenanjung hehe

13. Pasar Filipina

Jom kita singgah di tempat shopping pula. Syurga mutiara Sabah, brooch, gelang, rantai, ikan masing, ikan bilis, amplang dan macam-macam lagi anda boleh dapat di Pasar Filipina. Sambil cuci mata, boleh la beli barangan tempatan untuk buat buah tangan bila balik nanti.

14. Pasar malam Ikan Todak

Salah satu tempat makan seafood, semua jenis seafood la ada disini dan segar-segar. Anda pilih sahaja dan suruh mereka masak ikut selera anda. Harga berpatutan disini. Salah satu menu anda kena cuba adalah Rumpai Laut. Kena cuba tau,

15. Jambatan Gantung Tamparuli

Selain nikmati pemandangan, antara jambatan gantung popular di Sabah. Kalau singgah sini, boleh la ambil gambar sekejab kan. Walaupun di tempat lain pun ada. Produk Sabah jarang mengecewakan kan.

Antara Tempat Lain Yang Menarik Di Sabah

  • Arnab Village, 9AM-6PM (RM3)
  • Crystal Hill
  • Dreamworld
  • Bukit Koko
  • Gaya Street Sunday Market
  • Paragliding Ranau, RM150 (tanpa kamera), RM180 (ada kamera)

Dengan 15 tempat ini, anggaran perbelanjaan yang dikeluarkan adalah sebanyak RM500. Berbaloi la kan. Sekali sekala bercuti bersama kawan-kawan atau keluarga. Jadi nanti datang Sabah, jangan lupa check it out senarai tempat menarik di Sabah ini ya.

sumber : twitter fatinsihan

Leave a Comment