Jom kita bercuti sambil bermain air dengan ikuti 17 senarai taman tema air terbaik bagi setiap negeri. Sambil anda bercuti bersama keluarga, sambila tu boleh mandi-manda dalam taman permainan air.
Mungkin anda sedang mencari taman tema terbaik yang berada di Malaysia atau anda tidak mahu pergi jauh dan cari di dalam negeri anda sahaja. Anda boleh juga tengok senarai taman tema air ini.
Biasanya kalau berada di Waterpark, pasti banyak permainan yang berasaskan air disediakan. Ada bahagian kolam, ada bahagian gelongsor air, nikmati ombak buatan seperti berada di laut, berjalan di atas air menggunakan pelampung besar, roler coaster dengan percikan air dan banyak lagi jenis permainan di sediakan.
BACA : Taman Tema Air Dibenarkan Operasi Bermula 1 Julai. Boleh Main Air Lepas Ni
Kadang kala, taman tema seperti ini, bukan disukai dan disediakan oleh kanak-kanak sahaja malah orang dewasa juga suka. Disamping menemani anak-anak, mak ayah boleh bermain air sekali bersama-sama sekali gus dapat mengeratkan bonding antara keluarga.
Jadi jom kita tengok senarai Taman Tema Air bagi tahun 2020 yang terbaik bagi setiap negeri supaya anda boleh datang bersama keluarga dan rakan-rakan nanti.
1. Legoland Water Park, Johor
Disini bukan sahaja terdapat water park tetapi terdapat juga Taman Tema Legoland itu sendiri. Ini menjadikan Taman Tema Legoland yang pertama di Asia Tenggara yang terdapat di Malaysia.
Di dalamnya terdapat lebih 40 buah permainan menarik serta lebih 70 model sebagai acara tarikah kepada pengujung yang datang dan pastinya menarik yang boleh dicuba. Zon permainan telah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu zon keluarga, kanak-kanak bawah 5 tahun dan zon atas 5 tahun.
BACA : Jom Pergi Legoland Malaysia Dengan Promosi Beli 1 Percuma 1
Antara permainan yang ditawarkan seperti gelongsor air, built-a-raft river, joker soaker dan banyak lagi. Jangan lupa untuk datang ke Legoland Water Park, Johor
Lokasi | Waktu Operasi | Harga |
---|---|---|
No 7, Jalan Legoland, Near LEGOLAND Malaysia | Setiap Hari 10.00am – 6.00pm | RM88 – RM129 |
2. Wet World Water Park Batu Pahat, Johor
Sebelum wujudnya Legoland, Wet World Water Park Batu Pahat antara tarikan taman tema air paling popular di Johor. Ianya telah beroperasi sejak 200 dan mampu menampun sehingga 20,000 pengunjung dalam satu-satu masa.
Antara permainan air yang anda boleh dapatkan disini seperti water slides, wave pool, BP Tower, Kiddie Pool dan banyak lagi. Ianya sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Lokasi | Waktu Operasi | Harga |
---|---|---|
15, Jalan Seroja Jaya 2, Kampung Batu Pasir, 83000 Batu Pahat, Johor | Setiap Hari (kecuali Rabu) 10am – 6pm | RM18 – RM20 |
3. A Famosa Water World, Melaka
Taman Tema A Famosa antara tempat paling popular di Melaka. Disini bukan sahaja menempatkan Water Park tetapi ada penginapan resort, safari park dan juga lapangan padang gold.
Antara permainan air paling popular disini adalah water barrier, pantai buatan, luncur air setinggi 7 tingkat dan sebagainya. Selain itu, ada kolam memancing, ada tempat melihat haiwan liar, pengembaraan di dunia koboi dan banyak lagi aktiviti yang disediakan disini.
Lokasi | Waktu Operasi | Harga |
---|---|---|
Jalan Kemus / Sempang Ampat, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka | Isnin – Jumaat 11.00am-7.00pm Sabtu – Ahad 9.00am – 7.00pm | RM31 – RM40 |
4. Primaland Resort & Convention Centre, Negeri Sembilan
Walaupun ianya bukan lah taman tema sebenar tetapi ianya boleh dianggap sebagai mini water park kerana kehadiran swimming pool yang besar untuk orang ramai lakukan aktiviti air.
Disini, selain bermain air, anda juga boleh bermalam di apartmen yang berada di sekelilingnya. Di samping bercuti bersama keluarga, boleh bermain air bersama-sama disini. Nanti datang Neger Sembilang, boleh singgah di Primaland Resort & Convention Centre.
Lokasi | Waktu Operasi | Harga |
---|---|---|
PD Prima 1, Jalan Pantai Pasir Panjang, 71250 Si Rusa, Negeri Sembilan | Setiap Hari | Dapatkan di Agoda.com |
5. Sunway Lagoon, Selangor
Rasanya kalau orang cakap pasal water park ni, Sunway Lagoon la antara nama yang terlintas buat kali pertama. Merupakan taman tema air paling popular di Malaysia. Kalau anda datang disini, bukan sahaja aktiviti air, tetapi banyak aktiviti yang boleh dibuat.
Tapi jika anda masuk ke Sunway Lagoon bahagian permainan air, banyak sangat permainan disediakan antaranya adalah wave pool, zambezi river & victorial falls, vuvuzela, lake kariba, surf beach dan banyak lagi la. Nak permainan mencabar, marilah datang ke sini.
Lokasi | Waktu Operasi | Harga |
---|---|---|
3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor | Setiap Hari 10am – 6pm | RM170-RM202 |
6. Waterworld @ I-City, Selangor
Jangan ingat, di I-City ada pokok bercahaya sahaja. Disini juga terdapat taman tema air tau iaitu di Waterworld @ I-City. Jadi kalau datang sini, sambil tengok-tengok lampur, datang juga main air. Tempat penginapan pun ada disini.
Waterworld ini juga terkenal dengan permainan air yang disediakan seperti Tornado Ride, Giant Jacuzzi, River Adventure, Wave Pool dan banyak lagi. Apa lagi, datang I-City, singgah juga disini nanti tau.
Lokasi | Waktu Operasi | Harga |
---|---|---|
I-City 40000 i-City, Selangor Golden Triangle Malaysia | Isnin, Rabu-Jumaat 11am – 6pm Sabtu, Ahad 10am – 6pm | RM23 |
7. Bangi Wonderland Theme Park & Resort, Selangor
Sebuah lagi taman tema terkenal di Selangor iaitu Bangi Wonderland Theme Park & Resort. Permainan yang disediakan seperti The Fall, Anaconda Tail, Wonderloop, Boomering, Magic Funner, Body Slide dan banyak lagi.
Datang sini, pastikan anda cuba kesemua permainan yang disediakan. Barulah puas hati dan berbaloi kalau anda datang dari jauh kan.
Lokasi | Waktu Operasi | Harga |
---|---|---|
No. 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang | Setiap Hari 10.00am -7.00pm | RM12 – RM88 |
8. Lost World of Tambun, Ipoh Perak
Di Perak, ketika ini terdapat 2 taman tema air popular di sana iaitu di Lost World of Tambun ini dan juga Bukit Merah Laketown Resort. Lost World of Tambun ini seperti Sunway Lagoon juga, terdapat banyak permainan menarik selain daripada taman tema air.
Antara aktiviti menarik di taman tema air seperti Jungle Wave Pool, Adventure River, Sandy Bay, Cliff Racer, Tube Raiders, Kids Explorabay dan banyak lagi.
Lokasi | Waktu Operasi | Harga |
---|---|---|
No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh | Isnin-Jumaat (kecuali Selasa) 11:00am till 6:00pm | RM117-RM110 |
9. Bukti Merah Laketown Resort, Perak
Kalau dulu, Bukit Merah Laketown Resort la antara taman tema terkenal di Malaysia. Ramai yang sangguh datang dari jauh untuk bercuti di sini semalaman sambil menikmati aktiviti yang disediakan di sini.
Di sini, taman tema airnya yang berkonsepkan mesra alam sekitar. Antara permainan air disediakan disini seperti Water Pillar, Kids Adventure River, Body Slide, Boomerang dan banyak lagi. Cool kan!
Lokasi | Waktu Operasi | |
---|---|---|
Jalan Bukit Merah Taiping 34400 Semanggol, Perak | Isnin – Khamis Kecuali Selasa 11.00am – 6.00pm Jumaat – Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah 10.00am – 7.00pm | RM40 – RM54 |
10. Carnival Land And Water Theme Park, Kedah
Untuk bahagian Utara Malaysia pula, nak merasai pengalaman di taman tema air, datang lah di Carnival Land and Water Theme Park yang berada di Sungai Petani, Kedah. Pengalaman bermain air sama seperti di tempat-tempat lain.
Antara permainan dan daya tarikan menarik di sini adalah Tornado, Twist, Tsunami Wave, Mushroom Fall, Boomerang dan banyak lagi. Sambil bercuti di Utara, datanglah ke taman tema air ini.
Lokasi | Waktu Operasi | Harga |
---|---|---|
Persiaran Cinta Sayang Resort Sungai Petani | Isnin – Jumaat (kecuali Rabu) 11.00am – 6.00pm Sabtu & Ahad 10.00am – 7.00pm | RM18 – RM28 |
11. Fantasia Aquapark Jitra, Kedah
Sesuai dengan nama yang diberi, Fantasia Aquapark Jitra mengenahkan tema magika dan fantasi. Anda masuk ke sini, dapat merasai suasana berbeza berbanding di tempat-tempat lain.
Antara 12 tarikan permainan air yang disediakan dan anda wajib cuba bila sampai disini seperti Splash Pads, Water Cave, Twin Slide, Lazy River dan banyak lagi. Mai ini main air.
Lokasi | Waktu Operasi | Harga |
---|---|---|
Jalan Golf & Country Club 06000 Jitra, Kedah | Isnin – Khamis Kecuali Selasa 1.00pm – 8.00pm Jumaat, Sabtu & Ahad 10.00am – 8.00pm | RM15 – RM18 |
12. Escape Waterplay, Pulau Pinang
Satu-satunya taman tema yang berada di Pulau Mutiara itu. Datang lah ke Escape Waterplay. Datang sini kena cuba Atan’s Jump, Banana Flip, AK Splash dan banyak lagi.
Kalau taknak main air, juga disediakan aktiviti lasak yang disediakan di Escape ini. Kira macam-macam la ada disini. Tak rugi la kalau beli tiket disini.
Lokasi | Waktu Operasi | Harga |
---|---|---|
828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang, Malaysia | Selasa – Ahad 10am – 6pm | RM77 – RM116.90 |
13. Gambang Water Park, Pahang
Taman tema air terbesar di Pahang terletak di Gambang. Sedang membangun sebagai sebuah taman tema. Selain daripada water park, juga terdapat night safari disini.
Gambang Water Park juga menyediakan permainan air yang anda tidak akan menyesal ketika berada disini. Disini ada, Raft Ride, Crystal Slide, 6 Lanes Racer, Aqua Play, Ombak Buatan dan banyak lagi. Sampai sini, masuk pagi, keluar tengah hari la jawabnya.
Utama, Bukit Resort City, Jln Bukit Gambang Resort, 26300 Pahang | Isnin – Khamis Kecuali Selasa 11.00am – 6.00pm Jumaat – Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah 10.00am – 7.00pm | RM28 – RM38 |
14. Kubang Gajah Mini Water Park, Temerloh Pahang
Taman tema mini air ini terletak di bandar ikan patin Temerloh. Ianya sangat sesuai untuk kanak-kanak dan kurang sikit untuk dewasa. Tapi kanak-kanak memang puas la kalau datang sini. Ibubapa pula boleh santai di bahagian yang disediakan. Kubang Gajah Mini Water Park ini terletak di dalam taman, sambil mandi, boleh juga jogging dan bersiara-siar.
Disini, budak-budak boleh merasai pengalaman gelongsor air, kolam mandi beserta bot peda, buian dan macam-macam lagi la. Tiket pun murah je nak masuk sini.
Lokasi | Waktu Operasi | Harga |
---|---|---|
No.1, Taman Awam Kubang Gajah Temerloh 28000 | Isnin – Jumaat (Rabu tutup) 2pm – 7.30 pm Cuti sekolah, Ahad, Sabtu 9am – 7.30 pm | RM8 – RM10 |
15. Kenyir Water Park, Terengganu


Taman tema yang berada di Terengganu dan juga berada di tengah-tengah tasik. Orang pantai timur, selain singgah di Kuantan, boleh juga datang di Kenyir Water Park ni. Selain tasik, ada juga water park kan. Permainan yang unik disediakan disini.
Lokasi | Waktu Operasi | Harga |
---|---|---|
Pulau Poh, Kenyir Hulu Terengganu | Setiap Hari | RM5 |
16. Borneo Tropical Rainforest Resort Water Park, Sarawak
Ini merupakan resort yang terletak di dalam hutan hujan tropika di Sarawak. Sebahagian daripadanya terdapat juga taman tema air yang boleh dimainkan untuk seisi keluarga. Jom datang ke Borneo Tropical Rainforest Resort Water park, Sarawak.
Sambil main air dan permainan yang disediakan, boleh rasai pengalaman bersama pemandangan hijau serta bunyi burung dan haiwan yang terdapat di sekitar. Pasti indah kalau dapat singgah disini kan.
Lokasi | Waktu Operasi | Harga |
---|---|---|
KM36, Jalan Bintulu Miri, 98000 Miri, Sarawak | Setiap Hari | RM60 – RM80 |
17. Indah Jaya Water Park, Sabah
Datang Sabah dan nak cari taman tema air, boleh datang di Indah Jaya Water Park, Sabah. Memberi pengalaman keseronokan bermandi-mandi di sana dan bermain permainan air yang disediakan. Jika anda berkelapangan, jangan lupa untuk basahkan bandan disini tau.
Lokasi | Waktu Operasi | Harga |
---|---|---|
Indah Jaya Recreation Club, Jalan Lintas Selatan, 90000 Sandakan, Sabah | Rabu – Jumaat 1.00pm – 6.00pm Sabtu & Ahad 10.00am – 6.00pm (Isnin, Selasa Tutup) | Daripada RM20 |
okay boleh masuk dalam list nak pergi mana bila PKP habis dan covid takda.