Jepun merupakan antara destinasi pelancongan terutamanya daripada Malaysia. Majoritinya adalah beragama Islam. Jadi mencari makanan halal di Jepun itu pastinya menjadi keutamaan kepada mereka.

Tetapi tahukah anda, sebenarnya jika diamati dengan kajian sendiri, sepertinya Jepun kini menjadi negara lebih mesra Muslim. Sebelum ini mereka ada perkenalkan surah bergerak dan juga menyediakan tempat solat di R&R pada beberapa lebuhraya utama sekitar Jepun. Katanya ada juga menyediakan restoren halal.

Jadi kepada anda yang mungkin sedang merancang perjalanan atau travel ke negara matahari terbit, Jepun. Mungkin senarai restoren makanan halal di Jepun ini menarik minat anda dan masukkannya ke dalam itinerary anda sendiri. Disamping mencuba makanan Jepun, apasalahnya kita usaha lebih sikit mencari yang halal tetapi penyediaan daripada orang Jepun sendiri.

20 Restoren Makanan Hala Di Jepun Yang Patut Anda Cuba

Restoren ini tidak tertumpu kepada bandar Tokyo sahaja, ada juga beberapa bandar lain yang tersenarai. Tetapi mungkin ramai pelancong lebih berminat untuk travel di bandar seperti Tokyo itu sendiri.

1 makanan halal di jepun

PY Halal Kitchen (Nara)

Menu : Indian, Turkish, Japanese Food

Nara merupakan lokasi dimana anda akan lihat banyak rusa liar terutamanya di kawasan Nara Deer Park. Jadi restoren ini lokasinya berdekatan dengan park dan Kintetsu Nara Station. Anda boleh rasa pelbagai menu yang disediakan. Sebagai tambahan, surau juga disediakan.

2 makanan halal di jepun

Restoren Malaysia Boleh (Osaka)

Menu : Malaysia + Fusion Food

Restoren ini pemiliknya adalah orang Jepun yang mana beliau sukakan makanan Malaysia. Jadi anda boleh dapatkan dan rasa masakan Malaysia tetapi adunan daripada rakyat Jepun. Restoren ini telah berumur lebih 15 tahun. Lokasinya berdekatan dengan Umeda Sky Building di Osaka

3 makanan halal di jepun

Coco Ichiban Ya Curry House (Akihabara, Tokyo)

Menu : Japanese Curry

Nak rasa kari Jepun yang halal, boleh datang restoren ini. Ianya terletak di Akihabara dimana syurga video games dan anime. Jadi dah selesai cuci mata disini, cari kedai Coco Ichiban ini pula untuk isi perut.

4 makanan halal di jepun

Chicken Man (Ueno, Tokyo)

Menu : Varius Chicken Recipe

Ueno merupakan salah satu tempat untuk anda datang dan shopping. Jangan risau disini juga ada restoren halal seperti Chicken Man ini. Katanya, biasa kalau nak tarik pelanggan datang, mereka guna trademark “Zizan Makan Sini”

BACA : Di Tahan Di Imigresen Korea Selatan Dan Dihantar Balik Terus

5 makanan halal di jepun

La Toque (Narita Airport, Terminal 2)

Menu : Japanese Curry

Flight delay atau terpaksa bermalam di airport? Boleh cuba kari Jepun disini yang terletak di balai perlepasan Narita Airport Termina 2. Kedai ini pula dibuka seawal pukul 8. Katanya lagi, portion yang disediakan sangat besar sampai boleh kongsi 3 orang.

6 makanan halal di jepun

Ayam- Ya (Osaka / Ueno / Tokyo / Kyoto)

Menu : Halal Ramen

Tak sampai Jepun, tak sah la tak cuba Ramen kan. Tetapi bukan semua ramen itu Halal. Jangan risau, Ayam-Ya ada sediakan Ramen halal. Lokasinya berdekatan masjid As Salam Ueno. Tempat solat ada, tempat makan pun ada.

7 makanan halal di jepun

Narita-Ya (Asakusa, Tokyo / Gion, Kyoto / Osaka City)

Menu : Halal Ramen

Ramen halal di sediakan Narita-Ya. Jika di Tokyo, anda boleh dapatkan berdekatan dengan Sensoji Temple Asakusa ataupun di Kyoto di Gion Geisha Town. Makan masa musim sejuk, pedas-pedas memang mantap la. Btw, surau disediakan disini.

8 makanan halal di jepun

Malaychan (Ikebukuro, Tokyo)

Menu : Malaysian Food

Ini juga antara restoren halal di Jepun yang menyediakan makanan Malaysia. Kot la ada yang dah rindu makanan Malaysia bila dah lama di negera orang. Anda boleh datang sini. Lokasi di West Gate Ikebukuro Stesen dalam 10 minit jalan kaki dah jumpa.

9 makanan halal di jepun

Yoshiya (Arashiyama, Kyoto)

Menu : Authentic Japanese Food, Wagyu Beef, Tempuran dan macam-macam lagi

Restoran ini menyajikan hidanga washoku yang sedap dan original. Terletak berdekatan Bamboo forest di Kyoto. Mira Filzah pernah makan kat sini. Untuk nak solat, surau disediakan. Jangan lupa singgah sini.

10 makanan halal di jepun

Ramen Ouka (Shinjuku, Tokyo)

Menu : Halal Ramen

Lihat sudah banyak pilihan ramen halal yang anda boleh rasa dan cuba bila tiba di Jepun. Untuk mencari makanan halal di Jepun, mungkin bukan masalah besar lagi selepas ini. Kebiasaanya mereka ada paparkan logo halal yang sedikit sebanyak menjauhkan syak wasangkan kan. Datanglah di Ramen Ouka.

11 makanan halal di jepun

Khazana (Odaiba, Tokyo / Minato Mirai, Yokohama)

Menu : Indian Buffet Lunch

Restoren ini terletak di dalam mall iaitu Decks Mall di Odaiba. Anda boleh merasai pengalaman makan sambil melihat pemandangan tepi laut Tokyo Bay dan Rainbow Bridge yang cantik, indah dan menenangkan.

12 makanan halal di jepun

Ritsumeikan Asia Pacific University Cafeteria (Beppu, Oita)

Menu : Japanese Food

Siapa sangkakan, di universiti pun Jepun ada sediakan makanan halal. Mungkin mereka juga cakna akan pelajar muslim yang berada di sana. Selain itu, kafeteria ini katanya antara kafe universiti halal terbesar di Jepun.

13 makanan halal di jepun

Red Lobster (Tokyo Disneyland)

Menu : Western dan Seafood

Mana yang singgah seharian di Tokyo Disneyland dan ingin mencari makanan halal di dalamnya. Anda boleh cuba di Red Lobster. Disini disediakan makanan western dan seafood halal. Dah penat badan, mesti kene makan kan.

14 makanan halal di jepun

Hanasaka Jiisan (Shibuya, Tokyo)

Menu : Halal Shabu Shabu (Japanese Steamboat)

Nak rasa keenakan steamboat Jepun, boleh datang restoren ini. Daging yang digunakan sangat sedap dan menyelerakan. Top quality daging yang diberi. Tetapi lokasinya agak tersorok, jadi anda kene cari dengan bersungguh-sungguh. 

15 makanan halal di jepun

Gyumon (Shibuya, Tokyo)

Menu : Halal Yakiniku (Japanese Barbecue)

Nak makan daging dengan bakar-bakar sendiri. Cuba di Gyumon. Pastinya rasa dan daging yang digunakan halal dan sedap. Mana yang berkesempatan, boleh datang disini.

16 makanan halal di jepun

Sushi-Ken (Asakusa, Tokyo)

Menu : Halal Sushi

Ini lagi makanan wajib cuba ketika di Jepun iaitu Sushi. Sampai sini, kene cuba sushi dan pastikan ianya halal. Lokasi restoren ini berdekatan dengan Sensoji Temple. Anda kene datang awal, takut sushinya habis awal.

17 makanan halal di jepun

Manhattan Fish Market (Shibuya, Tokyo)

Menu : Western Food

Dahulunya terletak di Ikebukuro, restoran milik syarikat Malaysia ini telah berpindah ke Shibuya. menu lebih kurang sama dengan Manhattan di Malaysia. Jadi anda boleh rasa small flame masakan orang Jepun pula.

18

Ali’s Halal Kitchen (Kobe)

Menu : Pakistani Food

Nak cuba nasi dan seangkatan dengannya. Anda boleh cari Ali’s Halal Kitchen ketika berada di Kobe. Lokasinya juga tidak jauh daripada Masjid Kobe. Mudah nak isi kerohanian dengan solat dan isi perut disini juga.

19 makanan halal di jepun

Amara (Sky Tree, Tokyo)

Menu : Indian Food

Bila di berada di Sky Tree pastinya harga yang ditawarkan sedikit tinggi tetapi ianya halal. Makanan yang dihidang juga sedap dan berpadanan dengan harganya. Kalau dah tiada pilihan, mungkin boleh cuba sini kan.

20 makanan halal di jepun

#20. King Kebab (Harajuku, Tokyo)

Menu : Kebab & Turkish Food

Kalau tengok depan kedai mereka, banyak gambar polaroid daripada Instafemous Jepun. Pastinya kebab disini sedap kan. Anda boleh cuba dan rasa di kedai makan ini yang terletak di dalam food court di Takeshita Street.

Inilah antara restoren makanan halal di Jepun yang anda boleh cari dan makan disana. Sebenarnya banyak lagi tempat makan disediakan. Anda boleh rujuk Suhsi Travel – Trip Halal Jepun untuk ketahui lebih lanjut berkaitan restoren halal dan negara Jepun sendiri.

sumber : Suhsi Travel – Trip Halal Jepun

Kadang suka menulis, kadang rajin sangat. Tapi harap, perkongsian dan penulisan dapat bawa aku berjalan serata dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here