5 Pulau Indah Di Sabah Yang Anda Kena Pergi Bila Bercuti Di Sana

Anda bercadang untuk bercuti di pulau di Sabah? Anda boleh tengok dulu cadangan 5 pulau indah di Sabah yang anda boleh datang dan kena pergi di sana. Sepertinya orang kata ‘Maldives of South East Asia’ gitu.

Jika bercakap keindahan pulau, orang akan cakap Pulau Maldives yang cantik, tetapi sebenarnya dalam Malaysia terdapat banyak pulau-pulau indah baik di Semenanjung atau di Borneo. Selain indah, bercuti di dalam negara juga dapat menjimatkan kos.

BACA : Antara 8 Senarai Pulau Di Malaysia Yang Kurang Popular Tapi Indah

Jadi untuk tahun 2015 ini, jika anda bercadangan untuk datang dan bercuti di pulau tapi tak tahu nak pergi mana. Mungkin anda boleh datang ke Sabah dan nikmati pulau-pulau yang ada di sana. Antara pulau yang menjadi tarikan utama baik pelancong dalam dan luar negara.

5 Pulau Indah Di Sabah

Pulau yang indah dengan pasir yang memutih dan luat yang biru. Jangan ingat ada di luar negara sahaja, di dalam negara pun ada juga tau. Jom tengok sini senarai yang dikongsikan oleh Majalah Libur. Waktu yang sesuai untuk datang di pulau-pulau di Sabah adalah pada Mei hingga Ogos.

#1. Pulau Manukan

Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Negara Tunku Abdu Rahman. Ia merupakan pulau pertama yang diiktiraf sebagai taman negara di Sabah. Pulau yang terkenal dengan kecantikan pantai dan batu karangnya ini hanya mengambil masa 20 minit dari Kota Kinabalu dengan menaiki bot laju.

Disini terdapa sebuah hotel yang beroperasi iaiu Manukan Island Resort. Ia menampilkan penginapan berbentuk villa sebanyak 20 buah. Selain itu, terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Manukan. Jika anda seorang penggemar pantai ataupun laut, bolehlah mencuba aktiviti snorkeling, selam skuba, jetski, waterski, banana boat dan banyak lagi. Kalau tidak, anda boleh berjoging atau berbasikal melihat keindahan alam semula jadinya.

#2. Pulau Lankayan

Terletak 15 kilometer dari Sandakan, Lankayan adalah satu dari pulau tropika yang terdapat di Lautan Sulu. Ramai pelancong berkunjung ke sini semata-mata mahu menikmati keindahan dan melihat sendiri keunikan flora dan faunanya yang menakjubkan.

Pulau Lankayan juga merupakan syurga buat penyelam skuba. Pulau ini kaya dengan kehidupan marin mikro seperti prawn gobies dan coral shrimps. Tapi paling menarik ada whale shark dan penyu spesies green serta hawkbil. Selain itu juga, banyak penyu bertelur disini tau.

#3. Pulau Kapalai

Pulau Kapalai merupakan sebuah lagi yang popular di Sabah. Pulau ini terkenal dengan keindahan batu karang dan keunikan hidupan makronya. Pulau ini berada tidak jauh dari Pulau Sipadan dan Mabul.

Sesuai dengan kelebihan yang dimiliki, Kapalai sering dikunjungi oleh penyelam skuba, terutamanya yang bergelar jurugambar bawah air. Mereka yang berminat untuk bercuti di pulau ini, boleh bermalam di Kapalai Dive Resort. Ia merupakan penginapan atas air yang menampilkan kemudahan bertaraf dunia. Pasangan pengantin pun selalu memilih pulau ini untuk berbulan madu tau.

#4. Pulau Mabul

Pulau Mabul merupakan pulau kecil yang menempatkan 2 buah kampung iaitu Kampung Mabul dan Kampung Musu. Ia dihuni oleh lebih daripada 2000 penduduk daripada golongan Bajau Laut dan Suluk. Kemudahan asas seperti sekolah dan masjid pun ada sini tau.

Mabul juga tidak terkecuali menjadi destinasi wajib bagi penyelam skuba. Ianya terkenal dengan kehidupan marin dibawah laut. Kelebihan tersebut menyebabkan Mabul sering dikunjungi oleh penyelam skuba dari serta dunia.

Disini terdapat banyak jenis penginapan seperti resort, homestay dan backpacker hotel. Setiap satunya menyediakan pelbagai kemudahan termasuk membawa pengunjung melakukan aktiviti jelajah pulau.

#5. Pulau Mataking

Pulau Mataking menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan darat dan laut. Airnya yang biru dan pasir pantainya putih merupakan identiti utama pulau ini.

Untuk aktiviti laut, pastinya terkenal dengan aktiviti skuba. Bagi mereka yang tidak melihabatkan diri dengan aktiviti tersebut, bolehlah mencuba jungle trekking, melukis batik, spa, berkayak atau berjalan kaki ke pulau Mataking Kecil. Untuk penginapan, anda boleh cuba di The Reef Dive Resort yang menyediakan bilik jenis chalet, bilik dan vila.

Jadi nak pergi bercuti di mana?

Leave a Comment