5 Tempat Makan Ikan Patin Temerloh Yang Anda Kena Cuba

Kalau dah datang Temerloh, tak sah kalau tak cuba Ikan Patin Temerloh yang sedap disini. Tetapi anda mungkin bingung, kerana banyak tempat makan yang menyediakan menu ini. Jadi jom tengok 5 tempat yang anda kena cuba.

Temerloh sinonim dengan masakan Ikan Patin Tempoyak sehingga di gelar Temerloh Bandar Ikan Patin. Di tempat lain, ikan patin ada tapi rasa manis dan kesedapan masakan tempoyak takkan pernah sama bila cuba di Temerloh.

ikan patin temerloh
gambar via Kancil Raja Patin

Ikan Patin boleh dimasak dengan pelbagai cara dan juadah, tetapi yang paling istimewa apabila Ikan Patin dimasak bersama tempoyak jadilah Ikan Patin Masak Tempoyak. Boleh naik ketagih juga lah kalau dan rasa sekali.

Manakan tidak, di Temerloh, Pahang ini pada hujung minggu pastinya restoren-restoren yang menyediakan menu Ikan Patin Tempoyak ini pasti penuh dengan pengujung luar. Biasanya datang secara konvoi dengan menggunakan motosikal berkuasa tinggi ataupun dengan persatu kereta mereka.

Jadi kalau nak datang Temerloh nanti, nak merasa Ikan Patin Temerloh masak tempoyak, boleh cuba 5 tempat ini yang menjanjikan kesedapan rasa patin tersebut.

5 Tempat Makan Ikan Patin Temerloh Yang Wajib Singgah

Claypot Patin Tempoyak

ikan patin temerloh

Makan ikan patin masak tempoyak di dalam claypot panas-panas, boleh datang sini di restoren Claypot Patin Tempoyak. Memang kaw la. Selain itu, ada juga menu sampingan lain. Di sini, lain daripada yang lain adalah kerana hidangan disediakan di dalam claypot. Jadi ikan tersebut akan terus panas la. Sedap di makan dengan nasi putih dan sambal hitam.

Facebook : Claypot Patin Tempoyak

Alamat : No.62 persiaran 1, damai court Temerloh 28000 Pahang

Kancil Raja Patin

ikan patin temerloh

Anda ingin makan dengan pemandangan Sungai Pahang, boleh datang Kancil Raja Patin. Ianya berada betul-betul di tebing Sg. Pahang. Mereka ada sediakan ikan patin tempoyak tersedap in town. Orang Temerloh kabo, sini sedap sekali. Selain itu ada disediakan menu-menu kampung lain juga. Ada pais patin juga tau. Anda Kena cuba bila datang Temerloh.

Boleh juga layari laman web mereka di www.kancilrajapatin.com

Alamat : No 2A, Kampung Bangau Tanjung Temerloh, 28000 Pahang

Gobang Maju Patin Tempoyak

ikan patin temerloh

Antara jenama terkenal seluruh Malaysia adalah Gobang Maju. Selain terkenal dengan menu ikan patin tempoyak, terlalu banyak lagi menu sampingan. Tapi patin tu wajib la kena cuba. Disini ada cendol, ada udang, ada kuew teow dan banyak lagi menu sampingan. Tak makan tempoyak, boleh cuba patin pais.

BACA : Tempat Menarik Di Pahang Yang Anda Boleh Lawati

Disini adalah sistem layan diri, anda boleh pilih anda nak makan apa. Kemudian nanti akan ada pelayan yang datang di meja anda. Kedai besar, bawah pokok. Memang selesa. Ianya juga dekat dengen Sg. Pahang tau.

Alamat : 1/4 Mile Jalan Triang, Temerloh, 28000 Temerloh, Pahang

Selera Patin Bangau

ikan patin temerloh

Inilah satu kedai makan ikan patin temerloh wajib cuba iaitu di Selera Patin Bangau. Di sini kalau cakap terang, tiada penarikan pun. Kedai pun dibuka depan rumah sahaja. Tetapi setiap hujung minggu, orang luar akan serbu disini dulu. Sentiasa penuh. Datang lambat, memang hirup kuah sahaja. Disini lebih tumpu kepada ikan patin sahaja. Kalau nak makan nasi berlauk lain, boleh cuba dalam senarai yang diberi ini.

Alamat : Jalan Kampung Baru, Kampung Bangau, 28000 Temerloh, Pahang

C’Wok Cafe Patin Tempoyak

ikan patin temerloh

C’Wok Cafe ini mungkin antara tumpuan kepada mereka yang menggunakan lebuhraya LPT. Ini kerana restorennya tidak jauh daripada exit tol Temerloh. Berbanding tempat makan lain, anda perlu memandu dalam 15 ke 20 minit lagi untuk sampai ke destinasi. Di sini, dalam 5 minit dah sampai. Jangan risau, rasa ikan patin tempoyaknya juga masih padu beb!

Alamat : 98, Kampung Batu Tingkat, 28000 Temerloh, Pahang

Leave a Comment