7 Penginapan Domestik Dengan Pemandangan Yang Mempersonakan

Anda sedang mencari penginapan domestik yang sempurna, pemandangan yang menakjubkan serta suasana hijau yang mendamaikan, anda boleh tengok senarai disini.

Disebabkan sekarang kita tidak dibenarkan untuk travel ke luar negara kerana sempadan negara masih ditutup, apa kata cari sahaja tempat-tempat menarik untuk anda lawati dan merasai penginapan domestik yang menarik di dalam Malaysia. Cuti-Cuti Malaysia gitu.

BACA : Antara 8 Penginapan Airbnb Yang Menyediakan Permainan PS4 Sekitar Lembah Klang

Jadi dengan itu, anda boleh tengok sini senarai 7 penginapan domesti yang menjanjikan pemandangan yang menakjubkan untuk anda bermalam di sini. Pasti anda tidak menyesal dan ingin datang kembali selepas ini.

7 Pilihan Penginapan Domestik Dengan Pemandangan Menakjubkan

1. Bermalam Dalam Dome Dengan Pemandangan Laut

Tempat ini menyediakan penginapan unik iaitu anda akan bermalam di dalam bilik berbentuk dome disamping disajikan dengan pemandangan yang indah dengan menghadap Laut China Selatan. Setiap dome disediakan bilik air, katil beserta perabut asas lain bagi sebuah tempat penginapan. Nak BBQ pun boleh tau.

Jadi kalau anda bercadang nak bermalam di Johor, boleh singgah di sini yang berada di Kota Tinggi.

NamaDome House by Sea Horizon
LokasiKota Tinggi, Johor
HargaBermula RM700/malam
Tetamu3 Orang

2. Bermalam Dengan Pemandangan Di Atas Bukit

Anda boleh dapatkan udara segar apabila bermalam di sini. Vila ini bertempat di atas bukit persendirian yang jauh daripada kesibukan kota Kuala Lumpur. Dengan konsep keterbukaan, anda boleh peroleh udara segar daripada vila anda. Anda boleh saksikan pemandangan panorama yang cantik apabila berada di atas bukit ini.

Bukan itu sahaja, kolam mandi, balkoni, kawasan BBQ dan beberapa lagi disediakan di sini. Anda boleh datang dengan 7 kenalan lain juga.

NamaHidden Gem On The Hill
LokasiKuala Kubu Baru, Selangor
HargaBermula RM733/malam
Tetamu7 Orang

3. Menginap Secara Privasi Di Kelilingi Alam Semula Jadi

Anda mahukan privasi dan penginapan yang menyegarkan dengan dikelilingi alam semula jadi. Anda boleh datang Puncak Rimba ini. Anda jauh dari kesibukan kota, jauh berhubung dengan orang luar dan hanya bersama yang tersayang sahaja.

Anda boleh bercuti dengan tenang disini, boleh mandi air sungai, boleh nikmati kesegaran udara alam semula jadi dan sebagainya.

NamaPuncak Rimba Villa
LokasiBentong, Pahang
HargaBermula RM650/malam
Tetamu4 Orang

4. Bermalam Di Vila Kayu Dengan Pemandangan Indah

Anda ingin dapatkan vibe tropika, datang lah dan bermalam di vila kayu di Langkawi ini. Dengan reka bentuk arkitek melayu yang menjanjikan penginapan ala-ala dalam tropika gitu. Selain itu, disediakan juga dengan kolam mandi bagi menenagkan jiwa.

Yang pasti, ianya juga menjanjikan pemandangan yang menakjubkan apabila anda datang dan bermalam disini.

NamaAlamanda Tropical Villa
LokasiLangkawi, Kedah
HargaBermula RM370/malam
Tetamu4 orang

5. Bermalam Di Dalam Hutan Tropika

Nak betul-betul bermalam di dalam hutan tropika tetapi dengan suansana mewah, datang lah ke penempatan Sarang di Pulau Tioman. Anda sepertinya bermalam di dalam sarang yang berada di atas pokok.

Di sini, ada 3 jenis penginapan, iaitu Sea Shalet, Sarang dan Rumah Kayu. Kalau tempah penginapan Sarang tu, ada privat kolam mandi okeh. Boleh datang ini dan nikmati suasana dan pemandangan hutan yang menenangkan

NamaJapamela
LokasiPulau Tioman, Pahang
HargaBermula RM1050/malam
Tetamu2 orang

6. Penginapan Di Tebing Bukit Dengan Pemandangan Indah

Sebuah lagi penginapan di atas tebing bukit dan kali ini berada di Pulau Pinang. Bukan semua penginapan di dalam bandar sahaja tau kalau datang Penang ni. Ada juga penginapan dekat dengan alam semula jadi.

Jika ianya berada di tebing bukit, pastinya anda boleh dapatkan pemandangan yang menakjubkan lagi-lagi bila matahari terbit dan terbenam. Selain itu, ada juga kolam mandi dan boleh merasai pengalaman mandi air terjun yang tidak jauh daripada tempat menginap. Inilah antara penginapan domestik yang anda boleh cuba.

NamaBao Sheng @ The Passion hut
LokasiBalik Pulau, Pulau Pinang
HargaBermula RM560/malam
Tetamu2 orang

7. Bermalam Dengan Alam Semula Jadi

Jika anda datang dengan keluarga dan kawan yang ramai dan mahukan kolam mandi privacy yang juga tidak jauh daripada Kuala Lumpur. Anda boleh datang di Selepas Hujan (After the Rain).

Siap ada ada kolam air masin, disediakan dapur untuk memasak dan ruang untuk dinner beramai-ramai. Dan ianya semua berada di kawasan penginapan anda tersebut.

NamaSelepas Hujan (After the rain)
LokasiSeremban, Negeri Sembilan
HargaBermula RM1450/malam
Tetamu10 orang

sumber : worldofbuzz

Leave a Comment