8 Destinasi Eko Pelancongan Anda Wajib Merasai Pengalamannya Sendiri

Anda perlu merasai pengalaman sendiri dengan mengunjungi destinasi eko pelancongan terkenal yang terdapat di dalam Malaysia. Bercuti dan nikmati keindahan alam semula jadi.

Malaysia antara destinasi pelancongan yang menawarkan pengalaman dan keindahan alam semula jadi melalui destinasi eko pelancongan. Dengan anugerah hutan hujan tropika yang tiada di negara-negara lain tapi ada di Malaysia. Dari Perlis hingga Johor dan sehinggalah ke Sabah dan Sarawak, banyak destinasi eko pelancongan yang disediakan.

Dengan pelacongan seperti ini, anda dapat merasai dan dekat dengan alam semula jadi baik flora dan fauna. Jauh dari kesibukan bandar dan pastinya udara sini lebih segar. Tanpa berlengah lagi, jom kita tengok 7 destinasi eko pelancongan di Malaysia yang anda boleh kunjungi untuk tahun 2020.

8 Destinasi Eko Pelancongan Terkenal Di Malaysia

Jom kita tengok antara 8 destinasi pelacongan menarik di seluruh Malaysia

Tasik Timah Tasoh, Perlis

destinasi eko pelancongan

Tasik Timah Tasoh terletak di mukin Berseri yang terletak kira-kira 17 kilometer dari utara Bandar Kangar. Tasik ini terhasil dari projek empangan yang bermula pada tahun 1987 hingga tahun 1992 yang menelan kos lebih kurang 67 juta ringgit.

Tasik buatan ini kaya dengan pemandangan indah. Ia seringkali menjadi tumpuan para pemancing untuk melepaskan joran. Selain itu, tasi ini turut menjadi tumpuan mereka yang gemarkan aktiviti memerhati burung. Banyak aktiviti yang melibatkan alam semula jadi boleh dibuat disini.

Jika anda bercadang untuk bermalam di kawasan Tasik Timah Tasoh ini, anda boleh singgah di Tasoh Lake Resort & Retreat yang antara penginapan terkenal bila datang ke sini.

Kuala Gula, Perak

destinasi eko pelancongan

Kuala Gula cukup kaya dengan ekosistem hutan bakau, habitat yang menjadi tempat berteduh bagi pelbagai spesies burung. Ini antara tarikah terkenal di Perak iaitu Kuala Gula. Destinasi eko ini menjadi tumpuan untuk aktiviti memerhati burung. Antara spesies yang menjadi tumpuan adalah Milky Stork, Lesser Adjutant, raja udang dan banyak lagi. Nak datang sini, paling sesuai adalah bulan Oktober hingga Mac.

Selain itu, aktiviti penangkapan ikan, udang dan menternak kerang turut dilakukan disini. Anda boleh juga menikmati mi udang yang terkenal di Kampung Dew. Lepas tu boleh menyelusuri Sungai Janji untuk melihat kelip-kelip.

Tasik Kenyir, Terengganu

destinasi eko pelancongan

Siapa tak tahu akan kewujudan Tasik Kenyir ni kan. Ianya terletak di Terengganu dan merupakan tasik buatan yang terbesar di Asia Tengggara. Itu sudah cukup menggambarkan keunggulan destinasi ini.

Dipercayai destinasi eko ini menjadi rumah kepada lebih 8000 spesies bunga, 2500 spesies tumbuh-tumbuhan, 8000 spesies orkid, 370 spesies burung dan 300 spesies ikan ait tawar. Pengunjung yang datang ke Tasik Kenyir ini turut dapat menikmati banyak kemudahan meskipun dalam persekitaran hutan.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan dan disediakan disini seperti memancing, rumah berperahu, trekking, golf, berkayak, berkhemah dan meneroka gua. Melawat santuari kelah dan gajah juga merupakan tarikan utama disini.

Parit Jawa, Johor

destinasi eko pelancongan

Kalau di utara, ada Kuala Gula, di selatan ada Parit Jawa. Ini antara destinasi eko pelancongan yang berada di Johor. Parit Jawa menjadi tumpuan para peminat pemerhati burung atau bird watch. Ia menjadi tempat persinggahan burung-burung pada musim penghijrahan pada bulan Oktober hingga Mac.

Disini kalau anda datang, kena pergi ke Pantai Leka. Anda boleh melihat pelbagai spesies burung antaranya adalah burung bitak yang sering dilihat bermain di pesisir pantai. Selain itu, anda juga boleh cuba masakan terkenal disini iaitu masakan asam pedas. Boleh singgah di Restoren Straits View yang teletak di perkampungan nelayan berhampiran dengan Pantai Leka.

Taman Negara Endau-Rompin, Johor

destinasi eko pelancongan

Buat mereka yang gemarkan aktiviti lasak bertemankan suasana hijau hutan simpan, Taman Negara Endau-Rompin merupakan salah satu destinasi yang harus dikunjungi. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Negara ini, antaranya ialah jungle trails, melawat perkampungan orang asli (suku Jakun), berakit, night safari dan menyulusuri sungai menggunakan bot.

Untuk ke sini, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak bagi mendapatkan permit khas dari Perbadanan Taman Negara Johor. Juga disediakan chalet disini serta tapak perkhemahan bagi mereka yang bercadang untuk bermalam di Taman Negara Endau-Rompin, Johor.

Lembah Danum, Sabah

destinasi eko pelancongan

Lembah Danum menyediakan pelbagai aktiviti seperti merentas hutan, mendaki, meninjau hutan dari menara kanopi, bermain tubing air dan mengharungi cabaran night walking. Untuk ke Lembah Danum, anda haurs mengharungi 3 jam perjalanan darat menggunakan kenderaan pacuan empat roda, sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Tawau, Sabah.

Lembah Danum menyimpan khazanah hidupan liar yang mampu dilihat seperti orang utan, ungka,harimau, gajah, rusa, kucing hutan, enggang dan pelbagai lagi jenis spesies hidupan liar. Jika anda datang disini dan ingin menginap, anda boleh bermalam di Borneo Rainforest Lodge. Anda boleh melepaskan kepenatan di dalam bilik penginapan.

Gua Niah, Sarawak

destinasi eko pelancongan

Destinas eko pelancongan seterusnya adalah di Gua Niah, Sarawak yang terletak di daerah Miri. Ia merupakan gua utama Taman Negara Niah yang merupakan Taman Negara kecil di Sarawak. Gua ini merupakan khazanah alam yang menjadi kediaman manusia zaman Paleolitik sekitar tahun 500,000 hingga 10,000 sebelum masihi.

BACA : 7 Destinasi Menarik Di Kuching Yang Anda Boleh Lawati

Selain eko pelancongan, Gua Niah turut menjadi hub kepada aktiviti penuaian sarang burung walit yang terkenal. Kegiatan ini telah dilakukan sejak 100 tahun dahulu. Malah, disini merupakan pengeluar sarang burung walit pertama sejak tahun 1878 lagi.

Selain itu, anda juga boleh menyaksikan sendiri lukisan manusia purba di Gua Lukisan dan melawat rumah panjang orang Iban.

Kinabalu Park, Sabah

destinasi eko pelancongan

Taman Kinabalu terletak di Banjaran Crocker di Kundasang, Sabah. Kawasan eko ini merupakan tempat tumpuan keajaiban alam semula jadi yang menakjubkan. Terdapat lebih 5000 spesies tumbuhan, 1000 spesies orkid, spesies paku-pakis dan 2 jenis Rafflesia yang boleh ditemui disini.

Tarikan utama di Kinabalu Park ini semestinya Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara. Sekitarnya juga terdapat pelbagai tarikan seperti Galeri Kinabalu Natural History, Poring Hot Springs, canopy walk, taman rama-rama, taman tropika, Pusat Pemuliharaan Orkid Poring dan banyak lagi.

Leave a Comment