9 Destinasi Pantai Menarik Yang Anda Boleh Bercuti Di Malaysia

Jika nanti anda inginkan sebuah percutian di Malaysia, mungkin anda boleh pilih lokasi berehat di pantai. Jadi jom tengok 9 destinasi pantai menarik di Malaysia bagi tahun 2020.

Di Malaysia, sebenarnya terdapat banyak pantai menarik dan cantik yang anda boleh lawati. Tidak semestinya anda perlu pergi ke luar negara. Jika di Malaysia, hampir setiap negeri mempunyai pantai tersendiri yang cantik yang anda boleh datang untuk bercuti.

Jika musim percutian, tiada yang lebih mengembirakan daripada meluangkan masa bersama keluarga untuk berpiknik di pantai-pantai yang ada di Malaysia. Ikuti senarai 9 destinasi pantai menarik di Malaysia untuk anda mandi manda, dan juga membuat pelbagai perkara dan aktiviti air yang menyoronokkkan.

9 Destinasai Pantai Menarik Di Malaysia Untuk Percutian Seisi Keluarga

Banyak pantai di Malaysia, tetapi ini adalah 9 pilihan daripada Libur sendiri bagi mencadangkan kepada orang ramai untuk bercuti di pantai Malaysia.

Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan

destinasi pantai

Pantai Bisikan Bayu ini juga dikenali sebagai “Pantai Dalam Rhu”, lokasi ini betul-betul seindah namanya. Ianya terletak di sebelah utara kampung Semerak, kawasan pantainya memiliki deretan pohon sena yang teduh dan sangat sesuai untuk anda bersama keluarga berpiknik di sini. Tatkala deruan angin menembusi pepohon ini, ia bagaikan irama yang menenangkan minda. Cukup santai. Jika anda dan keluarga atau kawan-kawan gemarkan tempat yang tenang untuk bersantai di pantai. Inilah tempatnya.

Penginapan yang terdapat di kawasan ini adalah Tok Aman Bali Beach Resort

Pantai Batu Layar, Desaru, Johor

destinasi pantai

Benarlah kata orang, jika sesuatu itu agak tersorok, pasti tempatnya cantik. Pantai Batu Layar menepati perumpamaan itu. Ia hampir dengan Desaru dalam daerah Kota Tinggi. Satu lagi tempat sesuai untuk berpiknik dan mandi-manda kerana kawasan persekitaran yang tenang. Pelbagai aktiviti seperti bermain bola tampar pantai boleh dilakukan. Sesetengah kawasan pantai ini berbatu, menjadikan pemandangan latar belakang yang indah dan sesuai untuk mengambil gambar sebagai kenangan.

Penginapan yang terdapat di kawasan ini adalah Mayres Hotel, Lotus Desaru Beach Resort, Mutiara Motors Resort.

Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

destinasi pantai

Pantai menarik di Malaysia seterusnya adalah Pantai Teluk Kemang. Kawasan ini terletak di batu 7 dan 8, Teluk Kemang yang merupakan kawasan pantai yang terbesar dan popular di Port Dickson. Jika anda mahukan semua kemudahan dalam satu tempat, maka Teluk Kemang adalah pilihan terbaik. Gazebo, kedai-kedai makan, parkir kereta yang luas, tandas awam, kedai cenderamata, kedai aksesori mandi, permainan jet ski, banana bot dan sebagainya. Tetapi kebiasaanya pada hujung minggu, pantai ini akan dipenuhi dengan manusia. Mungkin pada mereka yang perlukan privasi, pantai ini kurang sesuai

Penginapan yang anda disediakan berhampiran pantai adalah Ancasa Allsuites Resort, Cozzi Hotel, Thistle PD, pearl Villa Hotel & Resort Port Dickson.

Pantai Kelanang, Banting, Selangor

destinasi pantai

Pada awalnya pantai ini dibukan kepada umum khususnya untuk pendidik sekitar Kuala Langat, namun kini pantai ini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat luar Selangor. Bagi memastikan kebersihan pantai dan airnya, lokasi ini dipantau oleh Institut Penyelidikan Hidrolik Negara. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti pantai disini seperti memancing, menaiki bot, bermain bola tampat pantai, berbasikal dan banyak lagi.

BACA : Kini Anda Boleh Bermalam Di Dalam Bas lama UM Selepas Ditukar Kepada Penginapan AirBnb

Penginapan yang berhampiran dengan pantai ini seperti Hotel Seri Malaysia, Camar Laut Resort dan Hotel Impian Morib.

Pantai Teluk Senangi, Lumut, Perak

destinasi pantai

Destinasi pantai seterusnya adalah sebuah pantai ini terletak berhampiran Resort Swiss Garden Damai Laut di Lumut Perak. Berbanding dengan Pantai Teluk Batik, pantai ini tidak sesak dengan pengunjung dan merupakan lokasi sesuai untuk berpiknik. Malah, jika anda seorang yang gemar mengambil gambar, Teluk Senangin sebenarnya menawarkan pemandangan yang indah dan menarik khususnya di waktu senja katika matahari terbenam.

Penginapan yang berada di sekitar pantai seperti Teluk Senangin Chalet.

Pantai Cherating, Kuantan, Pahang

destinasi pantai

Pantai yang gah dan menjadi bulan di kalangan pelancong tempatan dan luar negara kerana lokasinya yang strategik untuk pelbagai aktiviti termasuk luncuk ombak. Saban tahun ketika musim tengkujuh, kawasan pantai ini akan dipenuhi peminat-peminat sukan luncur ombak bagi menyaksikan idola mereka beraksi.

Sepanjang pantai Cherating ini juga terdapat banyak chalet dan resort yang anda boleh menginap dengan harga berpatutan. Pada waktu malam juga, disini disediakan banyak kedai-kedai makan yang menyediakan makanan laut yang anda boleh cuba.

Penginapan yang berada di pantai ini antaranya adalah Impian Resort Cherating, Holiday Villa Cherating, Club Med Cherating, Mega View Hotel dan banyak lagi.

Pantai Desaru, Johor

destinasi pantai

Pantai dengan pasir yang putih bersih sepanjang 25KM. Pantai Desaru merupakan pantai yang paling popular di Johor. Ia merupakan kawasan tumpuan pelancong, khususnya yang datang bersama keluarga untuk bercuti. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti air di sini seperti berenang, memancing, berkayak, luncur angin dan sebagainya. Semuanya ada.

Desaru juga sesuai untuk anda yang mempunyai bajet lebih dan mahu tidur di resort yang selesa. Selain itu, terdapat juga deretan Resort yang lain dengan harga sederhana. Anda perlu pilih sahaja.

Antara penginapan yang terdapat disini adalah Desaru Damai Beach Resort, Lotus Desaru Beach Resort, Desaru Golden Beach Resort, Mayres Hotel dan banyak lagi.

Pantai Balok, Kuantan, Pahang

destinasi pantai

Anda dan keluarga jenis sukakan cabaran? Ayuh ke Pantai Balok kerana pantai ini cukup terkenal dengan aktiviti luncur angin. Sambil berpiknik, boleh belajar pelbagai aktiviti yang disediakan disini. Kawasan pantai ini juga dipenuhi dengan kedai makan dan deretan hotel bajet, sederhana dan mewah.

Penginapan yang ada di sini antaranya adalah De Rhu Beach Resort, Impiana Resort Cherating, Duta Sands Beach Resort dan banyak lagi.

Pantai Beserah, Kuantan, Pahang

destinasi pantai

Destinasi pantai menarik di Malaysia yang ke 9 adalah Pantai Beserah. Beserah merupakan kawasan perkampungan nelayan yang terletak berhampiran pantai yang cukup indah. Ia merupakan pantai dan perkampungan yang unik kerana aktiviti memungut hasil ikan di sini menggunakan kerbau yang akan ditarik ke laut, sebelum nelayan bot memunggah dan memindahkan hasil tangkapan ke dalam bakul yang diletakkan.

Anda juga boleh melihat bagaimana kerja-kerja mengasingkan, menyiang dan menjemur ikan-ikan kering di sini. Pendek kata, jika mahu anak-anak anda beriadah sambil mendapatkan ilmu, sinilah tempatnya. Anda juga boleh kunjungi kilang batik dan bengkel cenderamata yang terletak berhampiran Pantai Beserah.

Itulah antara destinasi pantai yang anda boleh lawati untuk bercuti bersama keluarga tersayang atau kawan-kawan dihujung minggu.

Leave a Comment