AirAsia Kini Benarkan Semula 2 Bagasi Di Kabin; Bag Roda dan Bag Kecil

Selepas 3 hari memperkenalkan policy baru berkaitan Bagasi di Kabin, kini AirAsia sekali lagi tampil dengan policy lebih baharu iaitu memperkenalkan 2 bagasi iaitu 1 beg roda dan 1 bag kecil.

Sebelum ini pernah kecoh dimana AirAsia menukar policy atau dasar berkaitan Bagasi Kabin tanpa kesedaran pengguna sendiri. Sekali gus menyebabkan kecoh di airport sendiri berkaitan perkara ini. Bagasi yang tidak di check-in tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam kabin kapal terbang.

Pada masa tersebut, hanya sebuah bag kecil seperti bag tangan atau bag laptop sahaja dibenarkan dibawa ke dalam kabin. Manakala bag roda yang biasa, tidak dibenarkan untuk dibawa. Maka ramailah terpaksa membayar lebih atau menukar tarikh penerbangan disebabkan pertukaran policy yang katanya berkuatkuasa selepas bermulanya operasi semula sebelum ini.

Hari ni sekali lagi, AirAsia keluarkan policy baru Bagasi Di Kabin yang telah membenarkan semula 2 bagasi dalam 1 masa

Policy Baharu Bagasi Di Kabin

Dengan perngenalan policy atau dasar baharu ini, anda kini dibenarkan untuk membawa hanya dua (2) buah beg dengan jumlah keseluruhan yang dibenarkan untuk kedua-dua (2) beg ini perlulah tidak melebihi 7kg.

Anda hanya boleh membawa sebuah (1) Bagasi kabin yang berukuran tidak lebih 56cm x 36cm x 23cm yang termasuk pemegang bagasi, roda, dan poket tepi.

Bagasi ini juga perlulah muat untuk disimpan didalam tempat simpanan overhed (Overhead compartment) didalam kabin pesawat.

bagasi di kabin

Anda juga dibenarkan untuk membawa sebuah (1) beg komputer riba, beg tangan, beg sandang atau apa-apa beg kecil lain yang berukuran tidak lebih 40cm x 30cm x 10cm. Beg tersebut juga perlulah boleh dimuatkan dibawah tempat duduk dihadapan anda.

Peringatan penting: Beberapa beg yang diikat, dibalut, atau terlekat bersama-sama tidak akan dikira sebagai sebuah bagasi kabin.

Jika anda berhasrat untuk membawa lebih dari had bagasi kabin yang ditetapkan, anda digalakkan untuk mempra-tempah elaun bagasi berdaftar anda seebelum penerbangan. Pembelian atau penambahan elaun bagasi berdaftar boleh dilakukan di laman airasia.com menerusi My Bookings, aplikasi mudah alih AirAsia, atau dengan berbual dengan AVA selewat-lewatnya 4 jam sebelum waktu perlepasan . Anda boleh cari tahu selanjutnya mengenai polisi bagasi berdaftar kami di sini.

Manakala untuk Smart Baggage, ianya kini dibenarkan tetapi dengan syarat:

  • Jika baterinya tidak boleh dikeluarkan, bateri tersebut mestilah tidak lebih dari 0.3g dan 2.7Wh untuk bateri ion litium.
  • Smart baggage yang menggunakan bateri litium yang melebihi had diatas dan baterinya tidak boleh ditanggalkan adalah dilarang untuk dibawa masuk ke dalam pesawat samada sebagai bagasi kabin mahupun bagasi berdaftar.
  • Jika baterinya boleh ditanggalkan, ia hendaklah ditanggalkan untuk dibenarkan dibawa ke dalam kabin pesawat sebagai bagasi kabin.
  • WiFi / Bluetooth / GPS haruslah dipadamkan.
  • Hanya maksimum 2 bateri gantian dibenarkan dalam bagasi kabin.

Jadi dengan pengenalan dasar baharu bagasi kabin ini pastinya memberikan nafas lega kepada pengguna perkhidmatan tambang murah, AirAsia itu selepas ini. Tiada lagi isu yang timbul. Ok, jam sambung cuti-cuti Malaysia

Leave a Comment