Jom Tengok Apa Lokasi Menarik Yang Ada Di Shah Alam

Kepada yang mencari lokasi menarik yang ada di Shah Alam, anda boleh tengok senarai ini. Mungkin ada destinasi atau lokasi yang anda ingin singgah ketika anda sampa disana kelak.

Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor. Antara daerah terbesar di Selangor dan pastinya mempunyai lokasi menarik yang boleh dikunjungi. Mungkin ada antara anda yang menetap di sana tetapi belum sampai ke lokasi-lokasi ini. Jadi lepas ni boleh la datang kan.

Ataupun ada antara anda yang pertama kali ini ingin berjalan ke ibu kota Shah Alam untuk bercuti, boleh tengok senarai destinasi best disini. Lagi-lagi kalau berjalan dan bercuti bersama kawan-kawan atau bawa keluarga kan.

Antara Destinasi Menarik Yang Ada Di Shah Alam, Selangor

Tarikan Bergambar Di Taman Seni

lokasi menarik

Lorong belakang kawasan komersial ini menjadi tempat yang selamat, bersih dan menarik untuk dilawai oleh pengunjung, serta boleh dijadikan lokasi penganjuran aktiviti yang bermanfaat. Konsep lukisan mural di sini bertemakan komuniti Shah Alam, tarikah pelancongan dan kehijauan. Sudah tentu menjadi lokasi menarik untuk bergambar kenangan bersama keluarga. Lokasi di Jalan Plumbun R7/R, Seksyen 7.

Lokasi Ibadah Di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

lokasi menarik

Masjid ini telah ditauliahkan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz apabila Almarhum mengisytiharkan Shah Alam sebagai ibu negeri baru Selangor pada 14 Februari 1974. Reka bentuk dan seni bina masjid ini menampilkan senibina gabungan Melayu dan mode. Lokasi di Persiaran Masjid, Shah Alam.

Hiburan Keluarga Di I-City

lokasi menarik

Tempat hiburan sekeluarga yang mempunyai banyak tarikan menarik di dalamnya iaitu di I-City. Antaranya seperti Waterworld, Snowalk, Red Carpet, House of Horror, Trick Art Museum dan banyak lagi. Jadi datang Shah Alam, jangan lupa singgah lokasi menarik ini. Destinasi terletak di Jalan Multimedia.

Main Air Di Taman Tema Air Wet World

lokasi menarik

Selain di I-City, lokasi lain untuk anda main air adalah di Taman Tema Air Wet World. Tempat yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang di hujung minggu dengan bermain pelbagai permainan air seperti Fountain of Youth, Cascading Waterfalls, Big Splash, Tunner Water Slide dan banyak lagi. Lokasi di Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14.

Baca : 17 Senarai Taman Tema Air Terbaik Bagi Setiap Negeri. Jom Main Air!

Di Sisi Alam Iaitu Di Taman Pertanian Bukit Cahaya

lokasi menarik

Taman Pertanian Bukit Cahaya ini dibuka dengan tujuan utama untuk mempamerkan kemajuan bidang pertanian dan perhutanan di Malaysia. Kecantikan dan keunikan taman ini telah mendorong kementerian untuk membuka taman ini kepada orang awam. Antara kemudahan yang disediakan ialah perkhidmatan bas, basikan sewa, kereta kuda, meredah hutan, kedai makan, kawasan perkhemahan dan banyak lagi.

Baca : 8 Destinasi Eko Pelancongan Anda Wajib Merasai Pengalamannya Sendiri

Seni Warisan Di Muzium Sultan Alam Shah

lokasi menarik

Muzium berseni bina moden ini menjadi lambang pembangunan kebudayaan negeri Selangor. Pelbagai artifak dan bahan bersejarah dipamerkan mengikut zaman pra-sejarah, selepas kemerdekaan dan zaman darurat ada dipamerkan disini. Lokasi terletak di Persiaran Bandaraya, Seksyen 14.

Santai Di Medan Selera Seksyen 2

lokasi menarik

Nak santai-santai minum petang, anda boleh datang di Medan Selera Seksyen 2. Medan ini terkenal di kalangan warga Shah Alam. Ia kerap dikunjungi bagi mendapatkan Air Batu Campur (ABC) istimewa dari Fardoo ABC, selain aneka lauk pauk nasi campur yang enak dengan harga murah. Lokasi di Jalan Bunga Melur 2/18, Seksyen 2.

Keperluan Segar Di Pasar Tani

lokasi menarik

Lokasi menarik seterusnya yang ada di Shah Alam dan kali ini untuk dapatkan keperluan Segara adalah di Pasar Seni, Seksyen 13. Pasar minggu ini terbahagi kepada 3 bahagian.

Ada bahagian yang menjual produk pertanian segar seperti sayur-sayuran dan hasil laut. Bahagian kedua pula menempatkan gerai-gerak makanan. Pelbagai menu sarapan yang dijual seperti nasi kukus, sup gear box, aneka kuih-muih dan banyak lagi. Bahagian ketiga pula adalah tempat menjual pakaian dan barang-barang seperti barangan antik, pasu bunga, permainan kanak-kanak dan banyak lagi.

Beli Belah Di SACC Mall

lokasi menarik

SACC Mall terletak di tengah-tengah pusat bandar Shah Alam. Ia adalah pusat membeli-belah yang menarik untuk seisi keluarga. Terdapat 5 tingkat yang menempatkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa untuk dipilih. Kaki shopping, boleh la singgah dan datang sini. Lokasi di Jalan Perbandaran 14/9, Seksyen 14

Leave a Comment