Antara 8 Senarai Pulau Di Malaysia Yang Kurang Popular Tapi Indah

Terdapat banyak pulau-pulau di Malaysia yang menjadi pusat peranginan dan pusat pelancongan bagi pelancong tempatan dan luar negara.

Rata-rata pulau-pulau yang dilawati pelancong adalah pulau yang terkenal. Bila dengar sahaja namanya, kita tahu dimana destinasi. Sebagai contoh pulau Tioman berada di Pahang, pulau Redang dan pulau kapas di Terengganu dan banyak lagi.

Sebenarnya terdapat banyak lagi pulau-pulau kecil yang tidak popular tapi indah dan boleh dilawati. Jadi jom tengok 8 pulau ini yang boleh anda datang dan bercuti bersama keluarga disini.

1. Pulau Rawa

pulau di malaysia

Merupakan salah satu daripada gugusan pulau yang indah Laut China Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Terletak kira-kira 16 kilometer di luar persisiran laut johor dan berdekatan dengan beberapa pulau lain seperti Pulau Besar. Pulau Rawa mempunyai pantai berpasir putih dan air yang jernih.

2. Pulau Lang Tengah

pulau di malaysia

Pulau kecil yang terletak di antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Perjalanan hanya mengambil masa selama 30 minit dari Jeti Merang. Nama Lang Tengah diambil sempena nama Lang atau Buruh Helang dan tengah. Oleh itu, Lang Tengah bermaksud Helang yang berehat di pertengahan pulau.

3. Pulau Banggi

pulau di malaysia

Terletak di timur laut Kudat, Sabah Malaysia. Pulau ini berkeluasan kira-kira 440 kilometer persegi, merupakan pulau yang terbesar si Malaysia diiukuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

BACA : 10 Penginapan Unik Di Malaysia Yang Korang Kena Singgah Bermalam

4. Pulau Beras Basah

pulau di malaysia

Terletak di sebelah barat Langkawi, Pulau Beras Basah menawarkan percutian menenangkan dengan pantai bersih dan hutan hijau yang indahn. Untuk ke pulau ini, pengunjung perlu mengikut lawatan 4 jam ke pulau, termasuk Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting.

5. Pulau Aur

pulau di malaysia

Terletak kira-kira 60 kilomete dari timur Mersing di Johor, Malaysia dan merupakan salah satu dari kawasan Taman Marin Johor. Memiliki banyak spesies hidupan marin dalam air. Ia juga dijadikan tempat berhenti para nelayan. Pulau Aur mempunyai banyak lokasi yang sesuai untuk aktiviti menyelam dan snorkeling.

6. Pulau Kapalai

pulau di malaysia

Hanya terletak lebih kurang 15 kilometer dari Pulau Sipadan. Pulau Kapalai ini boleh dikatakan syurga bagi penggemar sukan snorkeling dan skuba. Ia juga merupakan sebuah pula terindah yang telah diterokai sejak 200 tahun yang lalu, namum kini ia lebih popular dengan kecantikan pasir pantainya yang putih bersih.

7. Pulau Timba-Timba

pulau di malaysia

Terletak di Semporna, Sabah. Kita sedia maklum, Sabah memilik pulau-pulau yang cantik dan menawan antaranya adalah Pulau Timba-Timba. Pulau ini memiliki hidupan laut yang amat jarang dijumpai seperti blue ribbon ells, barracudas dan banyak lagi.

8. Pulau Tenggol

pulau di malaysia

Ianya terletak di luar pantai Terengganu dan lokasinya terletak di perairan Laut China Selatan. Memiliki 20 tempat menyelam cantik dan menarik. Diantaranya Teluk Air Tawar tempat terbaik untuk melihat penyu. Batu Tokong Lauth pula turut menarik bagi melihat ikan selar berkumpulan.

Leave a Comment