Antara Tempat Menarik Di Kota Bharu, Kelantan

Anda bercadang nak gi Kota Bharu pada masa terdekat? Tapi tak tahu nak buat apa di sana. Jangan risau, disini akan disenaraikan tempat menarik di Kota Bharu. Antara tempat yang anda boleh lawati ketika berada di sana.

Kota Bharu merupakan ibu negeri kepada negeri Kelantan. Orang cakap, kalau sampai Kelantan, mesti singgah di Kota Bharu. Macam-macam ada katanya. Tempat lawatan pun banyak yang anda boleh singgah.

Jadi takya tulis panjang-panjang, jom straigh to the point. Jom tengok senarai antara tempat menarik di Kota Bharu yang anda boleh datang dan lawati disana.

8 Tempat Menarik Di Kota Bharu

Pasar Siti Khadijah

tempat menarik di kota bharu

Ini orang cakap, kalau datang KB, tak sah kalau tak singgah Pasar Siti Khadijah ini. Ianya menjadi syurga membeli-belah buat kaum wanita terutamanya dengan pasar ini menjual pelbagai makanan seperti rempat-ratus dan keropok, barangan kraftangan, pakaian, barang kemas, alat permainan, batik dan banyak lagi.

Disini juga terdapat medan selera untuk anda menjamah hidangan setelah penat berjalan di sekitar pasar. Anda boleh cuba merasai juadah atau makanan tempatan seperti Laksam Kelantan, Mi Celup, Mi Sup Perut dan banyak lagi. Jangan lupa singgah sini.

BACA : 10 Penginapan Unik Di Malaysia

Ianya beroperasi setiap hari bermula 7 pagi hingga 7 malam. Boleh la datang bila-bila, tapi best datang pagi la.

Masjid Muhammadi

tempat menarik di kota bharu

Kelantan digelar sebagai negeri serambi mekah yang terkenal dengan Islam. Di Kota Bharu, terdapat sebuah masjid yang di anggap penting kerana menjadi lokasi di mana ramai ulama besar Kelantan pernah mengajar disini iaitu di Masjid Muhammadi.

Pada asalnya, masjid ini diberi nama Masjid Kota Bharu. Ia dibina dengan hanya menggunakan kayu terbaik, namun telah diubah kepada struktur binaan konkrit pada 1992. Masjid ini mampu menampung sehingga 2400 jemaah pada satu masa.

Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra

tempat menarik di kota bharu

Ini antara spot tangkap gambar wajib di Kota Bharu la senang cerita. Pintu gerbang Kota Sultan Ismail Petra bersama Menara Rehal menjadi tarikan kebanyakan pelancong kota ini bagi menyambut tetamu. Ianya menjadi lambang kemegahan ibu negeri Kelantan tersebut. Di sini terletaknya pelbagai monumen bersejarah seperti Istana Jahar, Istana Balai Besar dan Bank Pitis.

Padang Merderka

tempat menarik di kota bharu

Antara tempat menarik di kota bharu yang anda boleh lawati adalah Padan Merdeka. Lokasi ini menjadi mercu tanda bersejarah di Kota Bharu, di mana ia diberi nama Padang Merdekat sempena kemerdekaan negara pada 1957.

Anda dapat lihat Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama di sini yang memberi penghargaan kepada wira tempatan yang terkorban.

Bank Pitis

tempat menarik di kota bharu

Lokasi ini adalah bangunan batu tertua yang terletak di luar pintu masuk ke Istana Balai Besar Kota Bharu. Ia dibina bertujuan untuk menyimpan pitis (duit) perbelanjaan negeri Kelantan pada zaman dahulu. Bangunan ini memiliki pintu kayu cengal yang dipasang dengan 3 selak kunci yang diperbuat daripada besi.

Muzium Islam

tempat menarik di kota bharu

Anda boleh berkunjung ke muzium ini bagi mendapatkan info lanjut mengenai asal usul Islam di Kelantan. Terdapat banyak dokumen dan artifak bersejarah yang menjadi bukti pengaruh agam Islam di negeri dini sehingga ia mendapat gelaran Serambi Mekah. Anda boleh saksikan pameran tokoh agam Islam, mufti negeri, seni Islam dan banyak lagi.

Muzium Kraftangan

tempat menarik di kota bharu

Selain daripada seni islam, di Kota Bharu ada juga tempat bagi anda yang meminati hasil kraftangan. Antara tempat menarik yang ada adalah berkunjung di Muzium Kraftangan, Kota Bharu. Di sini anda dapat melihat variasi hasil seni kreatif dan barang tradisional Kelantan.

Barang seperti ukiran kayu, buluh, raga, anyaman rotan dan songket boleh dijadikan sebagai hiasan di rumah bagi mewujudkan aura klasik yang tidak lapuk.

Pantai Cahaya Bulan

tempat menarik di kota bharu

Kota Bharu juga ada pantai tau. Jadi kalau datang sini nak pergi pantai, anda boleh terus ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Sebelum sampai disini, anda akan melalui banyak kampung dan pelbagai kedai yang menarik menjual barangan Kelantan. Belum sampai pantai, dan disajikan dengan pemandangan yang menarik.

Pantai Cahaya Bulan yang menghadap Laut China Selatan menyediakan pemandangan dan tiupan angin bayu yang baik. Selain daripada santai di pantai atau bermain wau, disini jua disedaikan tempat makan dengan banyak pilihan. Kalau nak cari antara tempat yang menarik di Kota Bharu, boleh datang Pantai Cahaya Bulan ini.

Leave a Comment