Australia Tutup Sempadan Negara Sehingga 2021

Nampaknya Australia mengambil keputusan untuk menutup sempadan negara dan mungkin membukanya kembali kepada orang luar pada tahun 2021 kelak.

Menteri Pelancongan Australia, Simon Birmingham memberitahu keputusan ini dibuat dengan penutupan sempadan negara Australia sehingga 2021 dan hanya dibuka kepada mereka yang tertentu sahaja seperti pelajar luar yang belajar di sini seperti yang dilaporkan oleh Reusters.

Keputusan ini dibuat kerana pandemik COVID-19 yang kini masih lagi berlaku di seluruh dunia termasuk juga di Australia. Sehingga kini telah dilaporkan lebih 7300 kes positif COVID-19 di sana dengan melibatkan 103 kematian.

Sempadan Negara Australia Ditutup

Jadi jika penutupan sempadan ini berlarutan sehingga 2021, pastinya industri pelancongan akan terjejas yang mana tiada pelancong luar dibenarkan untuk masuk ke Australia. Jadi penduduk tempatan sahajalah yang dibenarkan untuk bercuti di Perth, Melbourne, Gold Cost, dan banyak lagi tempat menarik.

Kepada rakyat Malaysia juga sepertinya mungkin boleh melupakan hajat untuk bercuti di sana sepanjang 2020 sekalipun Kerajaan Malaysia membenarkan rentas sempadan negara kelak. Untuk itu, teruskanlah dengan kempen Cuti-Cuti Malaysia kita selepas ini.

BACA : Yeah! Pelancongan Domestik Dibenarkan Sepanjang PKPP

Leave a Comment