Berjaya Tioman Resort Hentikan Operasi Bermula 15 Jun

Berjaya Tioman Resort umumkan akan hentikan operasi sepenuhnya bermula 15 Jun. Ini kerana terkesan dengan pandemik COVID-19 yang berlaku di Malaysia bermula awal Mac yang lepas. Ianya pasti memberi mimpi buruk kepada pengurusan resort tersebut.

Penutupan atau perhentian operasi ini bukanlah bersifat selamanya, ini kerana mereka akan melakukan major renovation terhadap resort tersebut. Justeru itu, kesemua pekerja akan diberhentikan, tetapi akan dibayar pampasan sehingga RM8 juta seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

BACA : Tempat Wajib Dilawati ketika Bercuti Di Cameron Highland

Selepas siap pembaikan semula ini, kesemua pekerja akan terima tawaran baru. Bila proses pembaikan ini siap, masih tiada pengumuman dibuat setakat ini.

Bestnya! Berjaya Tioman Resort

berjaya tioman resort

Berjaya Tioman Resort ini antara tempat penginapan yang terkenal dan terbesar di Pulau Tioman. Terdapat banyak piliha penginapan yang anda boleh cuba jika bermalam disini antaranya adalah Gargen View Chalet, Seaview Chalet, Beach Chalet, Garden View Quade dan banyak lagi.

Selain itu terdapat banyak aktiviti yang disediakan oleh pihak Hotel yang anda boleh lakukan di Pulau Tioman ini antaranya rasai urutan SPA yang menenangkan, lakukan aktiviti menyelam, mandi di air terjun ASAH dan banyak lagi.

berjaya tioman resort

Jadi bila Berjaya Tioman Resort ini dibuka kembali kelak, jangan lupa datang ke sini untuk dapatkan percutian pulau dan penginapan yang selesa disini.

Yang penting sekarang, rakyat Malaysia, jom sahut Cuti-Cuti Malaysia. Resort ni cantik, tepi laut pula tu. Memang kena cuba la nanti ni

Leave a Comment