Betul Ke Charge Telefon Di Airport Tidak Selamat?

Betul ke charge telefon di airport tidak selamat? Pada 15 November 2019 yang lepas, admin berkesempatan untuk travel ke Phuket. Dalam masa mood menunggu untuk boarding, admin ada terbaca artikel memberi tahu Charge Telefon Di Airport adalah tidak selamat. Tapi betul ke? Kenapa tidak selamat?

Persoalan ini timbu selepas membaca headline daripada zdnet.com yang memberitahu bahaya jika charge telefon di tempat awam seperti Airport dengan menggunakan USB. Ini kerana dikhuatiri telefon anda akan diserang malware.

Bahaya Charge Telefon Di Airport

Malware yang mungkin di telah ditanam oleh penggodam sebelum ini. Jadi jika anda charge menggunakan USB pada telefon anda, kemungkinan telefon anda akan digodam atau dihack oleh penggodam. Sila hati-hati. Ianya juga hanya boleh berlaku di Lapangan Terbang sahaja, tetapi boleh berlaku di restoren, hotel dan secara umum ditempat awam. Elakkan charge mengguna USB.

Cara Mengelakkan Telefon Anda Digodam

Pastinya kita berada di Aiport dalam masa yang lama dan telefon kita mungkin kurang atau kehabisan bateri. Tidak boleh tidak, kene juga charge sebelum penerbangan.

BACA : Bagaimana Sekumpulan Rakan Ini Tidak Dibenarkan Berlepas Ke Perth, Australia

Bagi mengelakkan apa-apa kejadian buruk berlaku seperti telefon di godam. Ada beberapa cara yang anda boleh elakkan kejadian ini daripada berlaku, antaranya adalah :

  1. Menggunakan sambungan charging port AC sahaja. Gunakan charger biasa dan tidak menggunakan direct USB
  2. Jika ingin menggunakan USB port juga, pastikan kabel yang digunakan adalah kabel USH no-data. Hanya boleh charge sahaja
  3. Gunakan peralatan ‘USB condom’ bagi mengelakkan apa-apa data masuk ke telefon kita
  4. Charge hanya menggunakan powerbank
charge telefon

Jadi diharap bagi traveller khususnya yang selalu menggunakan sambungan USB port di lapangan terbang sentiasa berwaspada ketika ingin charge telefon. Supaya kejadian telefon digodam, maklumat peribada dicuri dapat dielakkan.

Kita juga perlu bijak ketika menggunakan apa-apa peralatan awam. Pergilah bercuti dengan hati yang tenang dan kegembiraan. Elakkan kejadian buruk berlaku. Demikian perkongsian bahaya charge telefon di airport.

sumber : zdnet.com

Leave a Comment