BigPay Memberikan Currency Exchange Rate Di Luar Negara Yang Terbaik

Jika anda tidak tahu lagi apa itu BigPay yang katanya berbaloi digunakan ketika travel, anda boleh baca artikel sini, apa itu BigPay. Kelebihan yang ditawarkan semestinya berbaloi dan sesuai digunakan ketika travel.

Kenapa admin berkata sedemikian? Ini kerana, jika anda melancong ke luar negara, BigPay akan memberi kadar tukaran wang asing atau currency exchange rate yang paling terbaik berbanding yang lain. Ini kerana BigPay mengenakan 0.00% fee ketika pertukaran wang asing berlaku. Senang cerita dapat dapat tukar duit tinggi sikit la.

bigpay

BigPay juga boleh dilakukan withdrawal ketika berada di luar negara tetapi akan dikenakan caj RM10 bagi setiap transaksi dan juga caj daripada bank local negara tersebut.

Kadar Tukaran Wang Asing Terbaik Daripada BigPay

Pada beberapa minggu yang lepas, admin telah melancong ke Phuket, Thailand. Jadi sampai sana, pastinya admin ingin berbelanja. Jadi admin berbelanja di Tesco. Mereka pun terima bayaran BigPay kot.

bigpay

Jika dilihat daripada kadar tukaran, THB 100 = RM13.745. Inilah kadar yang admin dapat ketika berbelanja guna BigPay di Thailand. Ketika itu, admin tukar cash THB100 = RM14.++ di Pahang dan THB100 = RM15.++ di KLIA. Ternyata guna BigPay lagi berbaloi kan.

Ini baru pembelian kecil, kalau lagi besar, lagi banyak penjimatan yang diperoleh. Jadi kalau berminat nak guna BigPay, anda boleh daftar dengan layarai pautan ini. Semua penerangan dan cara daftar lengkap.

Cara Kira Currency Exchange Rate Jika Guna BigPay

Jika anda sudah berdaftar menggunakan BigPay dan anda merancang untuk travel dan bercuti ke luar negara, anda sudah boleh kira berapa kadar tukaran wang asing yang akan anda dapat jika berada di negara tersebut.

bigpay

Sebagai contoh anda ingin pergi ke Jepun. Jika dilihat kadar tukaran di kaunter XE adalah seperti berikut (sebelum fee dikenakan)

1 MYR = 26.0699 JPY

Untuk perkiraan jika menggunakan BigPay seperi berikut :

  1. Pergi ke Mastercard currency conversion calculator
  2. Masukkan tarikh semasa atau sebelumnya (jika nak buat semakan)
  3. Masukkan transaction currency negara yang anda lawati 
  4. Masukkan card currency negara anda (MYR = Malaysian Ringgit)
  5. Masukkan 0.00% pada bahagian Bank Fee (Inilah yang BigPay tidak kenekan caj)
  6. Masukkan nilai duit yang anda mahu pada bahagian Transaction Amount
  7. Tekan Calculate….. Itulah nilai yang anda akan belanja di negara tersebut
bigpay

1 MYR = 26.127961 JPY

Ini adalah informasi yang telah dikeluarkan oleh BigPay di pautan ini. Bukan admin yang reka. Admin pun dah merasai kadar tukaran yang baik ketika berada di Thailand sebelum ini.

Cash pastinya perlu ada ketika berada di luar negara, BigPay hanya bayaran tanpa tunai sahaja. Jika ianya berbaloi, daftar sini, dan boleh terus guna nanti.

Leave a Comment