Cara Buat Bayaran Online Bagi Dapatkan Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal Di Perak

Jika anda bercadang untuk memasuki Hutan Simpanan Kekal di Negeri Sembilan, anda perlu buat bayaran terlebih dahulu. Anda boleh lakukan bayaran secara online sahaja.

Hutan Simpanan Kekal adalah mana-mana kawasan sama ada tanah berhutan atau tidak yang diwartakan atau disifatkan telah dijadikan sebagai hutan simpanan kekal untuk tujuan perhutanan di bawah seksyen 7,8 dan 9 Akta Perhutanan Negara 1984.

Jadi jika anda ingin memasuki kawasan ini untuk tujuan hiking, anda perlu dapatkan permit terlebih dahulu daripada Jabatan Perhutanan Negeri. Jika di Negeri Sembilan, hanya terdapat 3 lokasi pendakian iaitu Gunung Datuk, Gunung Angsi dan Gunung Besar Hantu

Jika anda bercadangan untuk masuk hutan simpanan kekal di Negeri Sembilan, anda boleh buat bayaran untuk permit kepada Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan. Anda boleh ikut tatacara dibawah untuk proses bayaran.

Cara Bayar Untuk Masuk Hutan Simpanan Kekal, Negeri Sembilan

Pembayaran secara online boleh dibuat hanya pada hari Isnin hingga Rabu iaitu bermula 8.30 pagi hingga 4.00 petang.

Untuk maklumat pembayaran

Nombor akaun : 804433398
Nama Bank : CIMB Bank
Nama Penerima : Bendahari Negeri, Negeri Sembilan
Rujuan : Sila nyatakan maklumat seperti berikut:

  • Lokasi Pendakian
    • Gunung Datuk ( G. Datuk)
    • Gunung Angsi (G. Angsi)
    • Gunung Besar Hantu (GBH)
  • Tarikh Pendakian
    • Ditulis mengikut format (ddmmyy)

Contoh :

Lokasi – Gunung Datuk
Tarikh – 17 / 6 / 2020
Maklumat ditulis : G. Datuk (170620)

Langkah seterusnya, anda perlu semak maklumat yang tertera. Jika maklumat yang tertera adala tepat, sila teruskan transaksi proses pembayaran.

Klik pada kotak Notify Recipient via Email pada alamat emel : hutanns@ns.gov.my

Klik butang sah untuk melakukan transaksi proses pembayaran. Kemudian kemukakan cetakan transaksi sebagai lampiran (attachment) kepada Jabatan Perhutanan dengan menghantar emel di alamat hutanns@ns.gov.my

hutan simpanan kekal

Jika terdapat sebarang pertanyaa atau masalah, sila hubungi

Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7659875
Emel : hutanns@ns.gov.my
Web : forestry.ns.gov.my

2 thoughts on “Cara Buat Bayaran Online Bagi Dapatkan Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal Di Perak”

Leave a Comment