Cara Beli Insurance Dan Takaful Untuk Travel

Jika anda travel ke luar negara khususnya, tidak boleh tidak anda kena beli insurans perjalanan tambahan pula dengan keadaan pasca pandemik yang kita tidak tahu adakah ianya akan tamat sepenuhnya.

Jika bukan sebab pandemik sekali pun, kita tidak tahu apa-apa perkara yang boleh berlaku semasa kita berada jauh dari rumah. Tambahan pula tempat tersebut baru bagi kita dan ianya berada beribu-ribu kilometer dari tempat asal.

Kejadian yang tidak diingin boleh berlaku tetapi dengan adanya insuran atau takaful ini, setidak-tidaknya anda tidak perlu fikir tentang tanda harga yang perlu dibayar sekiranya dimasukkan ke hospital untuk tujuan rawatan, hilang dokumen penting, flight delay dan sebagainya.

Untuk perkongsian, sebelum ini saya ada bercuti ke Turkiye dan antara perkara utama yang dititik beratikan adalah pembelian insurans perjalanan. Tanpa pening-pening kepala, pilih saja produk daripada etiqa kerana menyediakan perlindungan patuh Syariah iaitu Takaful Tripcare 360.

Untuk perkongsian kali ini, saya ingin tunjukkan kaedah dan cara beli insuran atau takaful daripada etiqa.

Cara Beli Insuran/Takaful Untuk Travel

Antara perlindungan yang anda dapat daripada Takaful Tripcare 360 ini adalah seperti berikut:

  • Rawatan perubatan tanpa tunai di luar negara
  • Kelewatan bagasi
  • Kelewatan perjalanan
  • Kehilangan barangan berharga
  • Kehilangan dokumen perjalanan
  • Kematian atau hilang upaya kekal
  • Talian hotline 24/7
  • Perlindungan tambahan untuk aktiviti berbahaya
  • Perlindungan manfaat tambahan Covid-10

Sebagai contoh, sekiranya barangan berharga seperti wang, dokumen perjalanan, dan barangan peribadi dicuri ketika bercuti, anda boleh tuntut sehingga RM5000. Selain itu, jika ada flight delay sekurang-kurangnya 2 jam, anda boleh tuntut RM100 dan seterusnya.

cara beli insuran

Jadi cara untuk beli produk ini, mudah sahaja

  1. Pergi ke portal etiqa di www.etiqa.com.my/v2/insurans-takaful-perjalanan dan pilih Takaful Tripcare 360, klik ‘Mohon Online’
  2. Kemudian pilih jenis perjalanan (sehala/tahunan)
  3. Pilih destinasi anda (Domestik/Asia/Seluruh dunia)
  4. Jenis pengembaraan (Individu/pasangan/keluarga/warga emas)
  5. Masukkan tarikh tepat perjalanan anda
  6. Pilih plan yang bersesuai
  7. Anda boleh pilih plan mengikut keadaan negara yang anda ingin lawati atau mengikut bajet anda. Klik saha pada butang ‘Pilih’
  8. Akhir sekali klik ‘Dapatkan Sekarang’
  9. Masukkan nombor kad pengenalan atau pasport dan klik ‘Teruskan’
  10. Disini akan dipaparkan secara automatik butiran diri anda seperti nama, alamat, emel, no. telefon dan sebagainya
  11. Untuk manfaat tambahan perlindungan Covid-19, anda hanya perlu tandakan sahaja. Klik ‘Teruskan’ jika semua butiran tersebut adalah benar. Pastikan tiada yang salah.
  12. Akhir sekali, boleh buat bayaran seperti biasa menggunakan kad kredit/debit atau secara online banking

Selepas selesai buat bayaran, anda akan menerima menerima sijil takaful menerusi emel. Jadi simpan dan boleh digunakan sekiranya ingin membuat apa-apa tuntutan jika berlaku apa-apa selepas ini.

Untuk info lanjut, boleh pergi ke portal etiqa Takaful TripCare 360

Leave a Comment