Cara mohon rentas negeri/daerah untuk ibu bapa untuk jumpa anak bawah 18 tahun

Jika ada ibu bapa atau penjaga yang ingin melawat anak bawah umur 18 tahun, anda terlebih dahulu buat permohonan. Ini cara mohon rentas negeri atau daerah untuk ibu bapa bagi urusan melawat anak.

Pada Ahad lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kemudahan kepada bagi individu yang telah divaksinasi lengkap berkuat kuasa 10 Ogos 2021 (selasa).

kemudahan vaksinasi penuh

Antara kemudahan yang diumumkan adalah kebenaran rentas daerah atau negeri untuk ibu bapa untuk melawat atau jumpa anak bawah umur 18 tahun yang terpakai ke atas semua Fasa PPN (seluruh negeri).

Akan tetapi kebenaran ini bukanlah secara automatik, tetapi ibu bapa juga perlu memohon dan mengikut peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak MKN

Cara mohon rentas negeri bagi ibu bapa

Ibu bapa boleh rentas negeri atau pun daerah walau dari negeri manapun tetapi perlu mohon kebenaran rentas daerah atau negeri daripada PDRM terlebih dahulu. Dapatkan borang kebenaran rentas daerah/negeri disini

borang permit pkp

Permohonan tersebut perlu disertakan bersama dokumen lain iaitu anda perlu sediakan salinan kad pengelan ibu, bapa dan sijil atau dokumen kelahiran anak.

Pastikan ibu bapa sudah lengkap vaksinasi. Jadi perlu sediakan salinan Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 ibu, bapa atau penjaga yang terdapat pada aplikasi MySejahtera.

sijil vaksinasi covid-19

Akhir sekali, pemohon iaitu ibu bapa juga perlu sediakan dokumen berkaitan maklumat persekolahan anak (sekiranya berkaitan)

Jika sudah mendapat kebenaran daripada pihak Polis, anda perlu menunjukkan surat kebenaran yang telah diluluskan apabila melalui Sekatan Jalan Raya (SJR)

Leave a Comment