Jom tengok senarai destinasi menarik di Kuching yang anda boleh singgah dan lawati jika anda bercadang untuk bercuti ke Sarawak. Ibu negeri bagi negari tersebut, pastinya banyak lokasi yang menarik kan.
Kalau anda dalam mood Cuti-Cuti Malaysia dan rasa nak terbang ke destinasi impian, mungkin Kuching boleh menjadi pilihan. Kalau terbang daripada KUL, setakat 2 jam penerbangan sahaja. Tak jauh pun.
BACA : 7 Destinasi Menarik Yang Ada Di Sabah
Jadi, anda nak dapat idea mana destinasi menarik d Kuching ni, jom kita tengok senarai 7 destinasi tersebut seperti berikut.
1Matang Family Park


Untuk dapatkan destinasi perkelahan, anda boleh datang di Matang Family Park. Tarikan alam semula jadi dengan persekitaran hutan yang terjaga adalah identiti lokasi ini. Anda boleh bermandi-mandi dan berkelah bersama teman atau keluarga yang tersayang.
Lokasinya juga mudah diakses. Kemudahan seperti platform jalan kaki, titian gantung dan pondok rehat turut disediakan disini. Senang nak berkelah dan berehat.
2Permai Rainforest Resort


Nak merasa penginapan unik seperti bermalan di atas rumah poko, anda kena datang Permai Rainfores Resort ni. Penginapan berkonsepkan eco-resort ini berdekatan dengan Gunung Santubong dan Pantai Damai.
Apa yang menarik di sini adalah anda berpeluang bermalam di rumah kayu yang tinggi yang memberikan anda pemandagan yang memukau dan menarik. Selain itu, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti mendaki gunung, melihat burun, kayak, merentas hutan dan banyak lagi.
3Taman Orchid Kuching


Masih kekal dengan alam semula jadi, tapi kali ini lebih cantik iaitu lawati taman bunga iaitu Taman Orchid Kuching. Taman indah ini menempatkan lebih daripada 80 spesies orkid yang berwarna-warni yang pasti menarik minat pencinta bunga.
Keindahan bungan orkid yang pelbagai mampu memberi ketenagan pada jiwa, selain landskap taman yang cantik dengan kolam ikan.
4Taman Negara Kuching Wetlands


Sarawak terkenal dengan destinasi alam semula jadi. Jadi kalau tak singgah di Taman Negara Kuching Wetlands, tak sah la kan. Taman negara yang luas ini berdekatan dengan muara Sungai Salah dan Laut Sibu. Di sini anda boleh jumpa pelbagai hidupan liar seperti monyet, helang, burung, biawak dan banyak lagi.
Lokasi ini menadi tarikan orang ramai yang ingin menikmati suasana alam yang mendamaikan dan ingin hampir dengan alam semula jadi dan hidupan liar.
5Masjid Negeri Sarawak


Datang bercuti di ibu negeri, kena singgah di Masjid Negeri tersebut. Jika di Sarawak, ada Masjid Negeri Sarawak. Masjid besar ini mempunyai kubah biru dan berdinding putih yang mampu menampung sehingga 10,000 jemaah pada satu masa.
Hiasan geometri dan seni khat yang ada di dalamnya berjaya mencuti tumpuan ramai dengan kehalusan seni yang cukup teliti.
6Borneo Samariang Water Park


Ini destinasi yang sesuai untuk seisi keluarga. Antara destinasi menarik di Kuching ini adalah Borneo Samariang Water Park. Disini terdapat pelbagai permainan yang sesuai untuk semua seperti gelongsor air dan kolam renang yang sangat menyeronokkan. Pastinya menjadi momen indah saat bercuti bersama keluarga dengan aktiviti air yang mendebarkan dan memberi rasa gembira.
7Pasar Satok


Dah penat bercuti di hutan belantara, jom kita shopping pula. Pasar Satok yang pasar mempunyai banyak gerai menjual pelbagai barangan yang boleh dijadikan sebagai buah tangan. Anda juga boleh mendapatkan makanan tempatan di sini dengan variasai pilihan seperti kek lapis, ikan terubuk dan sebagainya.
Selain itu, anda boleh juga ke lokasi bersebelahan iaitu Kompleks Kubah Ria untuk mengisi perut yang lapar dengan aneka juada makanan tempatan seperti Mee Kolok dan Laksa Sarawak.
sumber gambar : discovery.sg