Download Borang Permit Rentas Negeri Dan Daerah (PKP/PKPB)

Sepanjang tempoh PKP dan PKPB ini, anda perlu dapatkan borang permit bagi tujuan rentas daerah atau negeri. Oleh itu, anda boleh dapatkan dan download borang tersebut disini.

Seperti yang dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan bermula pada 13 Januari hingga 26 Januari 2021. Oleh itu, dalam tempoh tersebut, anda tidak dibenarkan untuk rentas negeri dan daerah.

Tetapi jika ada keperluang yang penting yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah, anda dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit Pergerakan PKPB untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum melakukan pergerakan.

Cara Urusan Permohonan Kebenaran Bergerakan Melalui Borang Permit

Kali ini, borang disediakan dalam 2 jenis iaitu bagi pergerakan PKP atau pergerakan PKPB. Caranya adalah seperti berikut:

  1. Download Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing) di pautan disediakan dibawah
  2. Isi borang dengan lengkap dalam 2 salinan
  3. Kemudian, anda perlu hantar 2 borang tersebut di balai polis berhampiran untuk proses kelulusan

Leave a Comment