Genting, Pulau Tioman Dan Melaka Akan Dibuka Bermula 1 Oktober

Susulan kejayaan gelembung pelancongan Langkawi, Kerajaan akan membenarkan 3 lagi destinasi yang akan dibuka iaitu Melaka, Pulau Tioman Dan Genting Highland.

Memetik petikan Harian Metro, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menteri Kuartet hari ini selepas melihat perkembangan positif Projek Rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi.

Katanya, keputusan itu akan dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Dalam tempoh dua minggu, destinasi ini akan bersiap sedia untuk beroperasi semula.

“Kementerian bersama Jawatankuasa Khas akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas esok membabitkan ujian saringan memandangkan Melaka agak besar.

“Kementerian juga akan membentangkan tambahan destinasi pelancongan lain yang bukan hanya tertumpu di pulau tetapi di tanah besar,” katanya dalam sidang media di Parlimen, baru-baru ini.

Leave a Comment