Genting Skyworlds Theme Park Bakal Dibuka Pada Tahun Ini!

Akhirnya selepas bertahun-tahun menunggu, Genting Skyworlds Theme Park (Outdoor) akan dibuka kepada orang ramai pada tahun ini.

Menurut laporan berita harian, taman tema ini akan dibuka pada suku kedua tahun 2021 (April – Jun) yang telah melibatkan pelaburan lebih USD800 juta (~RM3.23 bilion) yang pastinya merupakan hasil usaha bertahun-tahun lamanya.

Genting Skyworlds Theme Park
logo baru genting skyworld theme park via dagangnews

Jadi diharap pandemik ini terus berlalu dan rentas negeri terutamanya dibenarkan semula bagi pengunjung dari luar Pahang dapat turun nikmati pengalaman baru selamat berada di Genting Highland.

BACA : 17 Senarai Taman Tema Air Terbaik Bagi Setiap Negeri. Jom Main Air!

Genting Skyworlds Theme Park

Theme Park outdoor kali ini menampilkan 9 ‘alam’ yang diinspirasikan dari filem dan pengembaraan yang akan membawa semua pengunjung yang datang lebih teruja. Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan Rio.

Pada setiap ‘alam’ menampilkan pelbagai permainan dan tarikan untuk seisi keluarga. Pastinya setiap alam ini, menampilkan tema yang berbeza mengikut filem yang disertakan ditempat tersebut.

Selain daripada permainan, Genting Skyworlds Theme Park ini juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti pusat beli-belah, tempat menjamu selera sambil menikmati pengalaman hiburang yang unik dan menyeluruh untuk seisi keluarga.

Untuk permulaan, ianya akan dibuka kepada rakyat tempatan terlebih dahulu sebelum ianya dibuka kepada pelancong luar negara jika sempadan negara dibuka oleh Kerajaan kelak.

Leave a Comment