Hadiah Percutian Di Langkawi Untuk Frontliners

Dilaporkan, frontliners akan menerima hadiah percuti di Langkawi daripada pengusaha hotel yang berada di sini. Ini bertujuan bagi menghargai jasa petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus merawat dan melawan pandemik COVID-19 yang berlaku di dalam negara.

pkpp langkawi

Tawaran ini diumumkan oleh Razmi Rahmad yang merupakan jurucakap kepada pengusaha hotel dan produk pelancongan Langkawi di dalam sebuah sidang media yang berlangsung baru-baru ini. Berita gembiran untuk mereka.

Penginapan Percuma Untuk Frontliners Di Langkawi

Setakat ini, sudah 7 hotel di Langkawi telah menawarkan penginapan percuma kepada petugas barisan hadapan dan tawaran ini sah selama 6 bulan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain daripada penginapan, mereka juga ditawarkan untuk sertai beberapa aktiviti lain secara percuma. Antaranya adalah menaiki kereta kabel, masuk ke Taman Hidupan Liar Langkawi, pelayaran mewah melihat matahari terbenam dan banyak lagi.

kereta kabel

BACA : Langkawi Catat Rekod Menerima 1000 Tempahan Hotel Sejam Selepas PKPP Diumumkan

Menurut Razmi yang juga Pengurus Besar HAL, setakat ini sudah 400 bilik hotel berstatus 3 hingga 4 bintang sekitar pekan Kuah dan Pantai Chenang bersedia menawarkan penginapan percuma kepada petugas barisan hadapan.

Anggota pasukan keselamatan, kakitangan Kementerian Kesihatan dan petugas media layak mendapat tawaran ini dan hanya perlu menunjukkan kad perakuan kakitangan jabatan masing-masing bagi menikmati tawaran percuma ini.

Setakat ini tiada lagi pengumuman rasmi daripada syarikat hotel yang terlibat dan mungkin akan di umumkan masa terdekat. Jadi frontliners semua disaran membuat semakan terlebih dahulu menerusi laman sosial Facebook berkaitan tawaran itu yang akan dibangunkan dalam tempoh terdekat.

sumber : Langkawi kini

Leave a Comment