Beberapa Hotel Bakal Tamat Operasi Berikutan Pandemik COVID-19

Siapa sangka pandemik COVID-19 akan memberika kesan yang buruk kepada negara termasuk dunia ekonomi negara sehingga ada hotel-hotel besar terpaksa tamat operasi.

Kerana pandemik, banyak negara telah mengarahkan perintah berkurung kepada semua rakyat termasuk di Malaysia telah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah lebih sebulan lamannya. Selama itu lah, tidak ada yang dibenarkan untuk keluar rumah hatta melancong sekali pun.

BACA : 10 Penginapan Unik Di Malaysia

Bila tiada melancong, pastinya tiada penginapan berlaku. Tiada penginapan, maka hotel-hotel terutamanya di Malaysia sudah pastinya tiada pelanggan. Bila tiada pelanggan, tiada pendapatan dan tidak mampu membayar kepada petugas dan pekerja. Disebabkan itulah, ada beberapa hotel akan tamat operasi seperti yang telah diumumkan sendiri oleh pihak pengurusan.

Antara Hotel Yang Terkesan Berikutan Pandemik COVID-19

Kinta Riverfront Hotel and Suites

hotel

Seperti yang dilaporkan oleh The Star, Kinta Riverfront Hotel and Suites akan berhenti operasi pada 30 April 2020. Hotel ini telah beroperasi di Ipoh ini sejak 2012 dan selepas 8 tahun, terpaksa diberhentikan operasi berikutan pandemik COVID-19 dan kesan daripada PKP.

Hotel G City Club

hotel

Selepas 10 tahun beroperasi di Kuala Lumpur, bermula 30 April, Hotel G City juga menerima nasib yang sama iaitu akan memberhentikan operasi disebabkan pandemik ini. Berita ini telah dilaporkan oleh The Star hari ini. Penutupan ini telah memberi kesan kepada 79 pekerja.

Jazz Hotel

hotel

Di Pulau Pinang, ada beberapa Hotel juga terpaksa tutup antaranya adalah Jazz Hotel Penang. Penutupan ini juga akan bermula pada 30 April seperti hotel-hotel lain juga. Berikutan penularan COVID-19, sudah ramai yang tidak datang untuk bercuti dan menginap di Jazz Hotel. Ini dilaporkan oleh Straitstimes

Tetapi hari ini, pihak Jazz Hotel telah memberitahu di laman web rasmi mereka, hotel tersebut akan beroperasi semula pada 1 Ogos 2020 kelak

Hotel Penaga

hotel

Sebuah lagi hotel di Pulau Pinang iaitu Hotel Penaga telah menerima nasib yang sama seperti Jazz Hotel iaitu memberhentikan operasi. Pihak pengurusan memberitahu, pemberhentian ini adalah bersifat sementara dan akan beroperasi semula bermula 1 Ogos 2020 seperti yang diberitahu di laman web rasmi mereka.

Jerejak Island Resort

hotel

Jerajak Islam Resort, Pulau Pinag juga terpaksa memberhentikan operasi disebabkan tiada tetamu yang datang untuk bercuti dan menginap di sana. Penutupan ini adalah bersifat sementara dan dijangka akan mula beroperasi semua bermula 1 Ogos 2020 kelak seperti yang diberitahu di www.jerejakislandresort.com/

Inilah antara hotel-hotel besar yang terpaksa ‘tutup hotel’ disebabkan arahan PKP dan penularan COVID-19 seluruh Malaysia. Kesan ini bukan sahaja memberi kesan kepada Malaysia sebenarnya tetapi seluruh dunia terutama dalam industri pelancongan.

sumber : The StarStraitstimes

1 thought on “Beberapa Hotel Bakal Tamat Operasi Berikutan Pandemik COVID-19”

Leave a Comment