Tak Biasa Dengan Ombak Laut. Ikuti 5 Tips Hilangkan Mabuk Laut

Anda mungkin jarang turun atau bercuti ke kawasan laut kerana mabuk laut. Ikuti beberapa perkongsian tips bagi menghilangkan mabuk laut tersebut.

Di laut juga terdapat banyak aktiviti menarik yang anda boleh lakukan ketika bercuti seperi scuba diving, berkain jet ski, snorkeling dan banyak lagi. Tapi sayang, sebab anda mabuk laut.

Antara gejala mabuk laut yang biasa kita lihat apabila diserang mabuk laut adalah mereka akan pening-pening, loya dan muntah. Ada orang cakap, macam orang baru mengandung 2 bulan dan ada juga situasi sama macam orang mabuk alkohol. Asyik nak muntah je.

Ini biasanya terjadi dan dikaitkan dengan situasi alunan ombak yang lantas mengakibatkan bot berayun. Lagi kuat berayun, lagi kuatlah mabuknya.

BACA : Perlukan Penginapan Yang Terbaik? Ikuti Tips Memilih Hotel Dengan Betul Dan Bijak

Jadi dengan itu, banyaklah petua dan tips yang diberikan oleh mereka yang berpengalaman dan biasa dengan lautan ini. Harap tips hilangkan mabuk laut ini bermanfaat untuk anda.

5 Tips Elak Dan Hilangkan Mabuk Laut

Alas Perut

Jangan biarkan perut anda kosong sebelum memulakan perjalanan. Sebaiknya makan sedikit juadah atau makanan yang mampu memberikan sendikit tenaga. Makanlah makanan yang bukannya pedas bagi mengelakkan nak membuang nanti. Carilah makanan manis dan pastinya mampu memberi tenang kepada kita. Selain itu, gejala masuk angin dalam perut juga mampu dihindari.

Rehat Secukupnya

Jangan terlalu teruja untuk bercuti pada keesokannya sehingga tak tidur malam dan berjaga sepanjangnya. Ia bukan memberikan tenaga, malahan tenaga tidak akan diperoleh kerana kurang rehat.

Keletihan boleh menjadi faktor utama yang menjadikan badan mudah diserang mabuk laut. Seeloknya, pastikan anda mempunyai tenaga yang mencukupi sebelum mengharungi perjalanan atau percutian di laut.

Oren Limau

Ini biasa petua yang boleh diamalkan jika tiba-tiba anda rasa sudah mabuk laut atau rasa mual-mual.

Selalunya apabila tekak mula berasa loya, kita mula mencari sesuatu yang masa untuk dimakan seperti jeruk buah. Simpan sedikit makanan atau minuman berperisa lemon dan oren pasti akan membantu anda.

Fokus

Kadang psikologi juga memainkan peranan ketika berada di atas laut. Jangan terlalu fikir sangat. Sentiasa bertenang semasa berada di lautan dan tidak memikirkan tentang mabuk laut adalah teknik psikologi terbaik yang akan meransang tubuh agar tidak terjerumus kepada gejala tersebut.

Ubat-Ubatan

Pengambilan ubat-ubatan adalah langkah bijak secara klinikal yang membantu anda kekal ceria sepanjang perjalanan. Di farmasi, terdapat banyak jenis pil yang boleh diambil mengikut kesesuaian badan. Ikut nasihat doktor dulu tau.

Leave a Comment