Ingin Pergi Ke Maldives? Baca Dulu 7 Tips Ini

Maldives iaitu sebuah negara yang terkenal dengan pantai, laut dan pemandangan yang indah. Katanya seperti berada di ‘syurga dunia’ apabila berada di Maldives. Negara ini dibentuk antara beberapa gagasan pulau menjadi sebuah negara. Maldives ini juga tidak asing kepada rakyat Malaysia untuk datang bercuti dan travel disini.

Anda pasti berhajat suatu hari nanti ingin pergi menjejakkan kaki di pula Maldives ini. At least sekali seumur hidup. Untuk nikmati percutian dan keindahan pulau yang ada disini.

Justeru itu, ikuti perkongsian tips daripada Hawa kepada yang ingin bercuti di Maldives terutamanya kepada Ladies. Lepas tu baru boleh pergi bercuti.

7 Tips Penting Perlu Anda Tahu Untuk Pergi Ke Maldives

Ikuti perkongsian pengalaman dan 7 tips untuk pergi ke Maldives. Mungkin anda boleh membuat persediaan awal jika ingin pergi ke sana kelak.

maldives

1. Tempoh Ideal Travel Ke Maldives Adalah Sekitar 4 Hari 3 Malam Atau 3 Hari 2 Malam Sahaja.

Tips ini dikongsikan kerana, kebanyakkan aktiviti yang boleh dilakukan di Maldives mungkin sama seperti di pulau-pulau lain. Tempoh yang lebih dari itu boleh membuatkan kita bosan dan tepu, melainkan jenis suka tinggal di pulau.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Maldives adalah night fishing, dolphin watching, sandbank visit, private island day trip, selain daripada water activity seperti snorkeling, kayaking dan lain-lain lagi.

maldives

2. Jika Ingin Travel Secara Berkumpulan, Adalah Digalakkan Bilangan Pax Berjumlah Genap.

Ini kerana kebanyakan penginapan dan aktiviti yang disediakan di Maldives adalah gandaan dua (seperti 2, 4, 6, 8 orang dan seterusnya). Mungkin antara sebabnya, Maldives sinonim sebagai lokasi honeymoon. Tiada hostel backpacker di sini. Percaturan awal boleh menjimatkan lagi kos-kos berkaitan.

BACA : Ikuti Perkongsian Pengalaman Bercuti Di Pulau Batam Dan Bintan, Indonesia

3. Pakailah Baju-Baju Berwarna Terang Dan Berbunga-Bunga Bagi Menghasilkan Gambar-Gambar Yang Cantik Dan Ceria.

maldives

Berjalan-jalan di tepian pantai sambil feeling melayan angin sesepoi bahasa, dengan baju flowy macam maxi dress dan skirt pun cantik juga! Dengan berlatarbelakangkan pemandangan laut dan langit biru, baju berwarna terang dan berbunga-bunga akan dapat menaikkan lagi gambar tersebut.

Barulah menarik nak update Instagram kan..

4. Cuaca Di Maldives Agak Panas

maldives

Jika anda lihat kedudukan Pulau Maldives di atas peta, kedudukannya seakan Malaysia yang berada di garisan katulistiwa. Jadi cuacanya sama dan panas di sana. Aktiviti seharian di tengah lautan seperti snorkeling dan sandbank visit boleh menyebabkan kulit gelap dan terbakar.

Bawalah perlindungan fizikal seperti sunblock dan aloe vera gel. Bagi menambah gaya dan keselesaan, bolehlah bawa beach hat dan shades. Kalau ada yang mabuk laut, jangan lupa bawa ubat tahan mabuk ya.

5. Kurangkan Muatan Beg Yang Dibawah

Ladies selalunya travel dengan macam-macam barang dan aksesori, yang sedikit sebanyak menambah muatan beg yang dibawa. Memandangkan semua itu kadang-kadang tidak boleh ditinggalkan, satu kaedah bagi mengurangkan berat beg adalah dengan cara membawa baju-baju yang ringan dan mudah kering.

Sesudah dipakai, dicuci dan dikeringkan, kemudian boleh dipakai semula. Cuaca panas di Maldives sangat membantu mengeringkan pakaian anda.

maldives

6. Mudah Dapatkan Makanan Halal Di Maldives

Maldives merupakan negara Muslim, maka agak mudah untuk mendapatkan makanan halal. Namun begitu, harga makanan di sini agak mahal. Sesekali jika ingin merasa masakan mereka, bolehlah pergi ke cafe-cafe yang berhampiran dengan kediaman orang tempatan, untuk harga yang lebih murah berbanding di restoran.

Tapi jika mahu jimat kos, bolehlah bawa siap-siap bekalan makanan dan kudapan dari Malaysia. Macam biasalah Meggi jangan lupa.

7. Cari Port Terbaik Matahari Terbenam

Sekiranya anda tinggal di Maafushi Island, terdapat satu kawasan yang dipanggil Bikini Beach. Pantai ini menjadi tumpuan bagi melihat matahari terbenam setiap hari. Seperti namanya, ia merupakan satu-satunya kawasan yang membenarkan tourist berbikini di sini. Tempat-tempat lain adalah dilarang.

Sekiranya ladies ingin mandi dan berenang secara privacy, bolehlah sertai kumpulan wanita dan kanak-kanak tempatan di kawasan pantai yang bertentangan dengan Bikini Beach. Sepanjang kami berada di sini, mereka melakukan aktiviti tersebut sebelum matahari terbit setiap hari. Menarik kan?

sumber : hawamayati

Leave a Comment