Jadual Harian Atlet Para Malaysia Di Paralimpik Tokyo 2020

Cabaran negara kini diteruskan lagi dengan temasya Paralimpik Tokyo 2020 bermula 25 Ogos sehingga 5 September 2021 yang juga bertempat di Tokyo, Jepun sama seperti Olimpik sebelumnya.

Kali ini atlet Para Negara akan bertanding dalam kejohonan tertinggi ini bagi merebut pingat terutamanya pingat emas dan menjadi antara atlet terbaik bukan sahaja di Malaysia malah di dunia.

Paralimpik Tokyo yang sepatutnya dilangsungkan pada tahun 2020 terpaksa ditunda sama seperti Olimpik kerana wabak Covid-19. Tetapi kini mereka kembali dan membuka gelangang semula bagi meneruskan acara sukan 4 tahun sekali ini di tahun 2021.

paralimpik tokyo 2020

Edisi kali ini, Malaysia berjaya menghantar seramai 22 atlet Para Negara di dalam 9 jenis sukan. Mereka ditemani oleh 16 jurulatih termasuk seorang caperon serta 22 pegawai perubatan dan petugas sekreteriat.

Sebanyak 539 acara yang dipertandingkan daripada 22 jenis sukan dari pelbagai kategori yang diadakan di 21 venue berbeza di seluruh Tokyo.

Untuk Paralimpik Tokyo 2020, Malaysia mensasarkan 3 pingat emas daripada 5 jenis sukan yang pastinya daripada acara olahraga seperti yang pernah dicatatkan di edisi Rio 2016 yang lalu.

Jadual Harian Pertandingan Atlet Negara Di Paralimpik Tokyo 2020

Sepertinya edisi kali ini sama seperti di Rio 2016 apabila tiada stesen yang akan siarkan secara langsung bagi setiap acara yang dipertandingkan. Akan tetapi Astro Arena HD (CH 801) akan bawakan Sorotan Harian setiap hari jam 11 malam dan juga update di laman-laman sosial penyiar rasmi juga.

paralimpik tokyo 2020

Untuk Upacara Pembukaan Paralimpik Tokyo 2020, anda boleh tonton secara langsung pada 24 Ogos ini, Selasa bermula jam 6.50 petang di Astro Arena (CH 801) dan Astro Supersport (CH 813) juga menerusi Astro Go.

Untuk tahu senarai atlet yang bertanding beserta jadual pertandingan bagi setiap sukan dan acara, anda boleh lawati Laman web Paralimpik Tokyo 2020

Edisi kali ini, Astro hanya bawakan sorotan harian menerusi Astro Arena (CH801) setiap hari jam 11 malam. Manakala RTM akan bawakan perkembangan terkinin melalui laman media sosial.

Akan tetapi anda boleh saksikan secara langsung menerusi Youtube Paralympic Games dan mungkin ada beberapa acara yang akan melibatkan kontinjen Malaysia

Berikut merupakan jadual harian bagi bagi pertandingan yang melibatkan atlet para Malaysia

24 Ogos, Selasa – Acara Pembukaan

25 Ogos, Rabu

  • Muhd Nursaiful Zulkafli (Renang – Gaya Bebas 200 m Lelaki) – 9.56 am
  • Chee Chaoming (Ping Pong – Perseorang lelaki) – 8.40 am

26 Ogos, Khamis

  • Muhd Nursyaiful Zulkafli (Renang – Gaya Bebas 100 m Lelaki) – 8.00 am & 4.00 pm
  • Mohamad Yusof Hafizi Shahruddin (Basikal Trek Lelaki C1 – Pursuit Individu 3000 m) – 9.30 am
  • Nur Azlia Syafinaz (Basikal Trek Perempuan B – 1000 m) – 9.00 am
  • Muhammad Hafiz Jamali (Basikal Trek Lelaki C4-5 – 1000 m) – 1.00 pm
  • Chee Chaoming (Ping Pong – Perseorang lelaki) – 8.00 am & 5,40 pm

27 Ogos, Jumaat

  • S.Suresh (Memenah – Recurve Individu Lelaki) – 1.00 pm
  • Wiro Julin (Memanah – Kompaun Individu Lelaki) – 1.00 pm
  • Abu Samah Bin Borhan (Tenis Kerusi Roda – Perseorangan Lelaki) – 10.00 am
  • Jamery Anak Siga (Renang – Kuak Kupu-Kupu 50 m lelaki) – 8.51 am
  • Brenda Anellia Larry (Renang – Kuak Kupu-Kupu 50 m wanita) – 8.59 am

28 Ogos, Sabtu

  • Yusof Hafizi, Hafiz Jamali & Zuhairie Ahmad (Basikal Trek Kumpulan Campuran C1-5 – Pecut 750 m) – 9.32 am
  • Bonnie Bunyau (Angkat Berat – 72 kg) – 10.00 am (Pingat Emas)
  • Wiro Julin (Memanah Lelaki – Compound) – 11.56 am
  • Chew Wei Lun (Boccia – Individu BC1) – 4.10 pm
  • Abu Samah Borhan (Tenis Kerusi Roda Lelaki – Individu) – 2.00 pm

29 Ogos, Ahad

  • Muhd Nursyaiful Zulkafli (Renang Lelaki SB4 – Kuak Dada 100 m) – 9.14 am
  • Che Wei Lun (Boccia BC1 – Individu)- 9.40 am & 4.10 pm

30 Ogos, Isnin

  • Jong Yee Khie (Angkat Berat Lelaki – 107 kg) – 10.00 am (Pingat Perak)
  • Chew We Lun (Boccia BC1 – Individu) – 4.10 pm
  • Siti Noor Iasah (Lari T20 – 400 m) – 7.22 pm

31 Ogos, Selasa

  • Mohamad Yusof Hafizi Shahruddin (Basikal Lelaki C1 – Cubaan Masa) – 7.41 am
  • Nur Azlia Syafinaz & Nurul Suhada (Basikal Perempuan B – Cubaan Masa) – 12.30 pm
  • Hafiz Jamali & Zulhairie Ahmad (Berbasikal Lelaki C5 – Cubaan Masa ) 12.47 pm
  • Muhammad Ziyad Zolkefli (Lontar Peluru Lelaki – F20) – 6.05 pm
  • Siti Noor Iasah (Lari Wanita T20 – 400 m finale) 7.38 pm
  • Chew Wei Lun (Boccia BC1 – Individu) – 3.00 pm

1 September, Rabu

  • Nur Syaiful (Renang Lelaki S5 – Gaya Bebas 50 m) – 9.31 am
  • Chew Wei Lun (Boccia – BC1 – Individu Final) – 3.50 pm (Pingat Perak)
  • Cheah Liek Hou (Badminton Lelaki SU5 – Perseorangan) – 7.00 pm

2 September, Khamis

  • Mohamad Yusof Hafizi Shahruddin (Lumba Basikal Lelaki C1-3) – 8.48 am
  • Didin Taresoh (Badminton – Perseorangan Lelaki SH6) – 12.00 pm & 4.20 pm
  • Cheah Liek Hou (Badminton – Perseorangan Lelaki SU5) – 3.00 pm

3 September, Jumaat

  • Brenda Anella (Renang Perempuan S4 – Kuak Lentang 50 m) – 9.07 am
  • Cheah Liek Hou (Badminton Perseorangan Lelaki SU5) – 12.00 pm
  • Ridzuan Puzi (Lari T36 – 100 m) – 7.33 pm
  • S. Suresh (Memanah Recurve Lelaki) – 9.15 am

4 September, Sabtu (Hari Terakhir Acara)

  • Wong Kar Gee (Lompat Jauh Lelaki T13 – Finale) – 9.20 am
  • Ridzuan Puzi (Lari Lelaki T36 100 m – Finale) – 9.38 am
  • Abdul Latif Romly (Lompat Jauh Lelaki T20 – Finale) – 6.00 pm
  • Cheah Liek Hou (Badminton Perseorangan Lelaki SU5) – 9.30 am @ 3.00 pm

5 September, Ahad – Upacara Penutupan

Upacara Penutup Sukan Paralimpik Tokyo 2020 boleh disaksikan secara langsung pada 5 September 2021, hari Ahad jam 7 malam di Astro Arena (CH801) dan Astro Supersport (CH813) juga menerusi Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara online di Youtube Paralympics Games pada hari dan waktu yang sama.

Selamat maju jaya kepada kontinjen para Malaysia. Semoga peroleh kemenangan dan membawa pulang pingat untuk negara!

Leave a Comment