Jejantas Setinggi 50m Kini Ada Di Forest Skywalk FRIM

Nampaknya ada tarikan terbaru la.. Seperti yang dikongsikan oleh pihak FRIM, anda kini boleh nikmati pemandangan yang indah dengan Forest Skywalk FRIM.

Ini adalah tarikan aktiviti terbaru yang anda boleh lakukan di FRIM. Forest Skywalk FRIM atau juga dikenali sebagai Jejantas Rimba FRIM di Taman Botani Kepong (KBG) akan dibuka kepada orang ramai mula 31 Ogos 2020 iaitu pada hari Isnin.

BACA : Jom Naik Percuma KL Hop-On Hop-Off Pusing Kuala Lumpur

Seperti yang dikongsikan, jejantas ini berukuran 18-50 m tinggi dan 150 panjang. Ia dibina menggunakan bahan aluminium sebagai struktur utama dan dikukuhkan dengan ‘guy wire’

Forest Skywalk FRIM

Apabila berada di atas skywalk ini, pengunjung dapat menikmati pemandangan indah KBG, hutan FRIM yang merupakan hutan buatan manusia, sekitar kawasan Kepong serta Kuala Lumpur.

Disini terdapat menara peninjau iaitu setinggi 50 m. Disini pengunjung dapat melihat pemandangan sejauh lebih kurang 30 km serta bangunan-bangunan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya seperti Menara KLCC, Menara KL, Menara Tun Razak Exchange dan Menara Telekom Malaysia.

Waktu Operasi Forest Skywalk FRIM

Isnin – Ahad : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Jumaat : 8.30 pagi – 12.15 petang dan 2.45 petang hingga 4.30 petang
Kemasukan terakhir adalah sejam sebelum penutupan

forest skywalk frim

Bilangan pengunjung setiap hari adalah maksimum 150 orang. Bagi kumpulan yang melebihi 10 peserta, tempahan awal perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh lawatan dan perkhidmatan jurupandu alam (nature guide) diwajibkan. Jika ingin buat tempahan, anda boleh emailkan di frim_enquiry@frim.gov.my atau telefon 03-629 7592/7596/7649

Tiket Masuk

Selain bayaran tiket Foren Skywalk FRIM, bayaran parkir dan kemasukan KBG juga dikenakan. Harga tiket seperti berikut:

  • Pelajar (umur 7-17 tahun): RM 8 | *RM25 caj bagi bukan pemegang MyKad
  • Kakitangan FRIM: RM 8
  • Warga emas: RM 10 | *RM40
  • Dewasa: RM 15 | *RM 40
  • Caj tambahan untuk menara 50 meter (terhad kepada mereka yang berusia 13 tahun ke atas): RM 5 | *RM10
  • Kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah tidak dibenarkan menyertai aktiviti ini.

Pengunjung perlu memakai pakaian terutamanya kasut yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini. Pengunjung juga perlu memastikan pematuhan SOP MKN semasa lawatan yang dikenakan di KBG (sila rujuk https://www.facebook.com/FRIMKepong/posts/3086598021375486)

sumber : FRIM

Leave a Comment