Jepun Akan Buka Pintu Sempadan Semula Kepada Semua Pelancong Bermula Oktober 2020

Berita baik atau tidak? Jepun akan membuka pintu sempadan semula kepada semua pelancong dari seluruh negara bermula Oktober 2020. Jika sebelum ini hanya mereka yang mempunyai urusan penting sahaja dibenarkan untuk masuk ke Jepun.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh soranews dimana selepas penutupan kemasukan pelancong luar Jepun disebabkan kes penularan COVID-19 di sana, kini mereka akan membuka semula pintu sempadan untuk menerima pelancong. Ianya tidak terhad kepada beberapa negara, sebaliknya dibuka kepada pelacong datang dari seluruh negara.

Pintu Sempadan Jepun Dibuka Semula

Akan tetapi, bagi mereka yang memasuki Jepun selepas ini, mereka masih perlu di kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan untuk ke kawasan awam dan kemasukan adalah terhad kepada 1000 orang sehari.

Walaubagaimanapun, di Jepun masih banyak tempat tumpuan pelancong masih ditutup bagi mengelakkan perkumpulan yang ramai dalam satu-satu masa yang pastinya akan menyebabkan risiko penyebaran virus akan jadi lebih tinggi.

Setakat ini, Jepun telah mencatatkan 80,497 kes positif COVID-19 dengan menyebabkan lebih 1 ribu kematian.

pintu sempadan

Walaupun Jepun telah membuka international border mereka, tetapi di Malaysia, pintu sempadan masih lagi ditutup dan hanya benarkan penerbangan domestik sahaja. Jadi sudah pastinya tiada rakyat Malaysia yang datang ke Jepun untuk bercuti kecuali datang atas urusan penting.

Tak dapatlah nak tengok Gundam lagi ni…

Leave a Comment