Kompaun RM10,000 Jika Langgar SOP Bermula 11 Mac Ini

Berkuat kuasa 11 Mac 2021, individu yang melanggar peraturan atau Prosedur Operasi Standard (SOP) boleh dikenakan kompaun RM10,000 (Maksimum).

Manakala bagi syarikat atau pertubuhan yang turut melanggar SOP pencegahan dan pengawalan COVID-19 pula boleh dikompaun sehingga RM50,000.

Kita sebelum ini telah mendengar ura-ura kenaikkan kompaun akan dibuat oleh Kerajaan susulan kes peningkatan jangkitan COVID-19 bermula awal PKP 2.0 yang lepas terus meningkat dari hari ke hari.

Kompaun RM10,000 Teleh Diwartakan

Denda lebih tinggi ini telah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021) yang telah dimuat naik dalam laman sesawang Warta Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Selain itu, pindaan ini turut memberi kuasa kepada pegawai kesihatan memerintahkan seseorang yang dijangkiti atau kontak rapat untuk memakai peranti pengesanan.

kompaun rm10,000

Jadi, diingatkan kepada semua rakyat Malaysia sila patuhi segala SOP yang ditetapkan sebelum ini terutamanya pemakaian facemask, imbas kod qr MySejahtera sebelum memasuki premis dan tidak berkumpul dalam jumlah yang ramai.

Ingat, jika anda rasa 1k sebelum ini pun sudah tinggi, apatah lagi selepas nilai kompaun telah dinaikkan kepada 10k ini.

Leave a Comment