Perlukan Penginapan Yang Terbaik? Ikuti Tips Memilih Hotel Dengan Betul Dan Bijak

Kita pergi bercuti, kita mahukan keceriaan dan keselesaan kerana ingin melupakan sebentar tekanan kerja. Kalau pergi bercuti pun rasa stress tak jadi la percutiaanya.

Sebagai contoh dalam konteks penginapan. Anda buat tempahan hotel tetapi anda tidak dapat seperti apa yang di idamkan. Sebab apa? Tiada perancangan sebelum buat tempahan.

BACA : Cara Semak No Seat Flight. Takut Seat Tiada Tingkap!

Anda tempat last minit, tak tengok review, tak tahu lokasi, tetapi anda tempah sahaja sebab murah. Ya, ianya suatu kriteria juga, tetapi ada lagi beberapa perkara dan tips untuk anda buat tempahan hotel dengan betul dan bijak.

5 Tips Memilih Hotel Dan Bijak

Nilai

tips memilih hotel

Boleh ditafsirkan sebagai faedah yang diperoleh hasil daripada menetap di hotel yang terpilih. Ia melibatkan banyak faktor seperti servis yang efisien, kemudahan ekstra tanpa bayaran tambaham dan jaminan keselamatan. Inilah nilai yang perlu ada selari dengan bayaran yang dibuat

Kemudahan

tips memilih hotel

Kemudahan dari segi perkhidmatan dan fasilit yang disediakan. Cari hotel yang menawarkan kemudahan yang menguntungkan seisi keluarga ketika bercuti seperti Wi-Fi, sarapan pagi percuma, ada perkhidmatan teksi, ruang parkir yang cukup, dobi, kolam renang, gimnasium, sauna dan sebagainya.

Kedudukan

tips memilih hotel

Kedudukan hotel juga penting. Mungkin anda ingin pergi pantai nanti, carilah di kawasan yang berhampiran dengan pantai. Boleh jalan kaki je. Selain itu, boleh cari hotel berdekatan dengan produk-produk pelancongan seperti teman-tema, air terjun, tasik, restoren atau pusat membeli-belah. Kalau dah dekat, boleh jimat kos pengangkutan dan boleh jimat masa

Mesra Keluarga

tips memilih hotel

Pilih atau cari yang mesra keluarga di mana kemudahan-kemudahan seperti kolam renang dan tempat permainan kanak-kanak disediakan. Setiap satuanya dipercayai mampu membantu memanjangkan lagi keseronokan kanak-kanak ketika berada di hotel. Ada taman permainan kecil pun ok.

Review Pelanggan

tips memilih hotel

Review dan komen pelanggan yang pernah menginap di sesebuah hotel atau mana-mana tempat penginapan itu amat penting. Ia membantu anda membuat pilihan dari pelbagai sudut terutamanya yang melibatkan harga, kemudahan, kedudukan dan keselamat.

Untuk lebih memudahkan anda boleh gunakan portal OTA (Online Travel Agent) seperti Traveloka, TripAdvisor, Booking.com, Expedia dan banyak lagi. Banyak faedah yang anda boleh dapat melalui portal ini terutamanya tawaran harga yang murah.

1 thought on “Perlukan Penginapan Yang Terbaik? Ikuti Tips Memilih Hotel Dengan Betul Dan Bijak”

Leave a Comment