Langkawi SkyCab Tawarkan Diskaun 70% 5- in-1 Dengan Harga RM38

Masih mencari tempat percutian, jangan lupa datang ke Langkawi SkyCab. Ini kerana, mereka sedang menawarkan diskaun jualan tiket 70% 5-in-1 dengan harga RM38 sahaja. Banyak tu diskaun beb.

Mungkin anda sudah beli tiket penerbangan ke Langkawi atau datang melalui laut menaiki feri. Tetapi masih mencari tempat-tempat menarik di sana. Orang kata, tak sah la kalau datang Langkawi tak naik cable car kan. Tambahan pula, mereka sedang buat tawaran tiket masuk pula tu.

BACA : Jom Pergi Legoland Malaysia Dengan Promosi Beli 1 Percuma 1

Jadi kalau anda bercadang untuk pergi ke Langkawi, beli tiket Langkawi SkyCab ini sekarang sebelum tarikh tutup.

Langkawi SkyCab Tawarkan Diskaun Sehingga 70%

Selepas penutupan disebabkan penularan pandemik COVID-19, Langkawi SkyCab kembali beroperasi bermula 20 Jun yang lepas. Hari pertama sahaja, mereka laporkan telah menerima lebih 900 pengunjung yang datang. Jadi jangan lepaskan peluang anda pula lepas ni.

Anda boleh dapatkan tiket pakej 5-in-1 dengan harga RM38 untuk dewasa dan RM28 bagi kanak-kanak. Tiket ini anda boleh mula beli bermula sekarang sehingga 30 Oktober 2020 dan anda boleh tebus selama setahun bermula tiket dibeli. Selain itu, ada juga tiket SkyCombo, SkyVip dan pelbagai lagi

  • Anda tak perlu beratur
  • Tiada waktu tertentu untuk anda datang
  • Berkongsin gondola dengan pengunjung lain (standard gondola)
  • Express lane

Apa tawaran yang anda peroleh daripada pakej 5-in-1 ini?

SkyCab

Anda akan merasi pengalaman menaik kereta kabel atau gondola dan nikmat pemandangan bermula daripada base, middle dan top station. Perjalanan mengambil masa 15 minit daripada base ke top station yang mampu memuatkan sehingga 6 orang (4 orang musim PKPP). Dalam perjalanan ini, anda dapat lihat pemandangan hijau dan laut biru yang terbentang luas.

SkyDome

Dengan kemampuan maksimum 50 orang dengan persembahan lebih kurang 10 minit. Anda akan disajiikan dengan pancaran gambar 3D bersama yang berputar 360 darjah dengan 12 projektor yang dipasang. Anda akan merasai seolah-olah gambar tersebut keluar dan dekati anda. Ianya seperti gambar hidup. Memang best lah

SkyBridge

SkyBridge adalah sebuah jambatan gantung yang berada di di Top Station. Pastinya anda akan mengalami pengalaman yang mendebarkan dan teruju ketika menjejakan kaki di SkyBridge ini. Tapi jangan risau, anda akan disajikan dengan pemandangan tinggi daripada pokok. Anda boleh nampak pemandangan laut yang mengujakan. Jangan lupa singgah sini tau.

SkyRex

Lokasi ini seperti perjalanan menelusuri beberapa station, ada 3D projection bersama 4D effect. Ada Tyrex bergerak-gerak dan macam-macam lagi. Anda duduk di dalam tram yang boleh memuatkan sehingga 30 orang dalam satu-satu masa. Jadi macam-macam la anda akan merasai pengalaman sepanjang perjalanan daripada projector yang disediakan.

3D Art

Antara 3D muzium yang terbesar di Malaysia. Jadi kalau anda rasa dah pernah pergi 3D muzium yang lain, ini lagi besar. Ianya terkandung lebih 100 lukisan 3D. Anda boleh bermain bersama lukisan tersebut, boleh jadi besar, boleh jadi kecil dan kesemuanya adalah kesan daripada lukisan 3D tersebut.

Terdapat 9 zon yang berbeza dan memberi pengalaman berbeza dariapdanya iaitu Zon Aquarium, Zon Safari, Zon Fantasy, Zon Optic Illusion, Zon Malaysia, Zon Classic, Zone Dewan Utama, Zon Interaktif 1 dan Zon Interaktif 2. Dah keluar, pasti anda rasa berpuas hati.

Jadi inilah antara pakej yang anda perolehi dengan pembelian tiket yang ditawarkan ini. Jadi, masih dalam mod Cuti-Cuti Malaysia, datang Langkawi, datang Langkawi SkyCab la apa lagi. Pengalaman bercuti yang tiada di tempat lain.

Leave a Comment