Jom Pergi Legoland Malaysia Dengan Promosi Beli 1 Percuma 1

Nampaknya Taman Tema Legoland Malaysia akan kembalik beroperasi selepas mengumumkannya di facebook dan laman web rasmi mereka baru-baru ini. Selain itu, mereka kembali dengan promosi tau.

YAB Perdana Menteri telah memberi kebenaran kepada hampir seluruh sektor industri untuk beroperasi semula sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020 ini.

legoland malaysia

Jadi, Legoland Malaysia telah mengikut segala SOP yang ditetapkan oleh pihak MKN dan KKM dan akan menerima pengunjung kembali tidak lama lagi. Pasti ramai tidak sabar untuk masuk ke dalam taman tema ini kan. Katanya taman tema pertama yang akan dibuka kembali sepanjang tempoh PKPP ini.

Legoland Malaysia Tawar Tiket Masuk Beli 1 Percuma 1

Mereka mengumumkan, Taman Tema Legoland dan Legoland Hotel akan mula beroperasi bermula 25 Jun 2020 (khamis) dan waktu bermula 10 pagi hingga 5 petang. Selain itu, mereka telah menawarkan 3 promosi bagi menggalakkan lebih ramai orang datang ke Legoland yang bertapak di Johor ini.

BACA : Tempat Menarik Di Melaka Yang Anda Boleh Datang Bercuti

Tiket Masuk : Beli 1 Percuma 1

legoland malaysia

Anda boleh dapatkan tiket masuk ke Legoland serendah RM149 untuk 1-hari. Jadi dengan bayaran ini, anda akan dapat 1 lagi tiket percuma. Mereka tawarkan 3 jenis tiket masuk:

1-Day Theme Park (Theme Park)RM149
1-Day Combo Ticket (Theme Park + Sea Life)RM200
1-Day Combo Ticket (Theme Park + Water Park + Sea Life)RM259

Tetapi pada pembukaan tersebut, segala aktiviti air seperti Sea Life dan Water Park masih belum dibuka, jadi anda sebaiknya beli tiket RM149 sahaja. Yang penting dapat percuma 1 tiket kan.

Untuk dapatkan tiket masuk tersebut, anda boleh buat belian secara online di pautan dibawah. Anda pilih tarikh dan buat tempahan dan boleh masuk dari pagi hingga petang.

Promosi Pas Tahunan

Dengan pas tahunan ini, anda bebas untuk datang bila-bila sahaja selama dalam tempoh setahun. Kali ini, Legoland Malaysia tawarkan kepada pengunjung dengan dapatkan 5 pas tahunan dan secara automatik, anda akan dapat menginap untuk 1 malam di Legoland Hotel.

Hotel Super Deals

Selain daripada Theme Park, Legoland Hotel pun akan mula beroperasi bermula 25 Jun tersebut. Harga terendah untuk 1-malam adalah RM450 beserta sarapan pagi. Jangan risau, mereka juga ada buat tawaran bagi mereka yang menginap di sini.

Anda akan peroleh 1-malam percuma jika buat tempahan sekurang-kurangnya untuk 1-malam bagi Theme Room atau Premium Themed Room dengan harga dibawah:

  • Themed Room: Hanya RM550+* for 2 nights (Regular price: RM 1,100+)
  • Premium Themed Room: Hanya RM700+ for 2 nights (Regular Price: RM 1,400+*)

Jadi kepada anda yang akan bercuti dan merasai pengalaman sendiri di Legoland Malaysia ini, pastikan anda mengikuti semua SOP yang disediakan. Antara garis panduan yang ditetapkan oleh pihak Legoland Malaysia:

  • Digalakkan beli tiket secara online di website Legoland Malaysia
  • Jaga penjarakkan sosial dan mengikut segala tanda yang ditetapkan
  • Basuh tangan sekerap yang mungkin ketika berada di dalam kawasan taman tema. Mereka sediakan banyak stesen hand sanitizer di sana.
  • Pihak Legoland Malaysia juga akan membuat saringan suhu bagi memastikan hanya yang sihat sahaja dibenarkan masuk.

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan SOP dan keselamatan di Legoland Malaysia boleh layari legoland.com.my/planning-your-visit/safety-measure/

Leave a Comment