Lexis Hibiscus PD Premium Pool Suite Dengan Private Pool Hanya RM410 Semalaman

Antara lokasi penginapan hotel terapung 5-bintang adalah di Lexis Hibiscus Port Dickson. Anda boleh bermalam di atas air disamping menikmati pemandangan laut dan pantai Port Dickson yang terkenal dengan kecantikan dan keindahan.

Sekarang ini, kita tidak dibenarkan untuk melancong ke luar negara sehingga PKPP ini tamat pada Ogos 2020 kelak. Jadi dalam tempoh ini, anda hanya dibenarkan melalui pengalaman pelancongan domestik sahaja. Jadi apa salahnya kali ini, kita semua support semua produk local, melancong di dalam negara. Cuti-Cuti Malaysia.

Tawaran Hebat Daripada Lexis Hibiscus

Dengan itulah, Lexis Hibiscus Port Dickson tampil dengan inisiatif bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk bercuti di dalam negara dengan memberi tawaran yang hebat untuk menginap di hotel mereka.

Anda biasa lihat, hotel di atas air yang membentuk sebuah bunga raya di Port Dickson. Ya, itulah Lexis Hibiscus ini yang merupakan 5-star hotel yang ada di Malaysia tambahan lagi ada menyediakan private pool atau kola persendirian di dalam bilik. Siapa je tak teruja kalau dapat bermalam di sini kan.

Ada private pool, hotel atas air, 5-star hotel, mesti mahal untuk semalaman kan?

Jangan risau, sempena PKPP dan galakkan untuk bercuti ini, mereka akan memberi diskaun menarik kepada semua orang bagi menginap dan bercuti di sana.

lexis hibiscus

Manakan tidak, sebuah bilik Sky Pool Villa yang menghadap laut serta mempunyai private pool kini anda boleh dapatkan harga serengah RM410 semalaman. Anda tahu tak, harga sebelum tawaran diskaun ini bagi Sky Pool Villa adalah RM1750 semalam tau.

Selain itu, Premium Pool Villa harga hanya RM480 selepas tawaran daripada harga asal iaitu RM1820 semalaman.

Anda boleh dapatkan e-voucer melalui website Lexis Hibiscus sendiri sehingga 30 Jun 2020 ini. Jangan risau, anda boleh tebus e-voucer ini bila-bila sehingga 31 Januari 2021 nanti.

BACA : 7 Penginapan Domestik Dengan Pemandangan Yang Mempersonakan

Jadi tunggu apa lagi, support local dan bercuti lah di dalam negara. Kalau kita, siapa lagi yang akan membangunkan kembali ekonomi pelancongan negara kan. Lagipun, mereka sudah memberi tawaran diskaun yang sangat menarik. Bila lagi nak bermandi-manda di dalam pool yang berada di dalam bilik kan.

Leave a Comment