Senarai Tempat Menarik Di Penang Anda Kena Datang

Salah satu destinasi pelacongan kena datang adalah di Penang. Banyak tempat boleh dilawati dan banyak juga tempat makan yang sedap untuk anda cuba selama berada disini.

Sekarang adalah musim Cuti-Cuti Malaysia yang sebenar. Kalau pergi mana-mana destinasi domestik, confirm anda akan jumpa orang Malaysia je. Lagi pun sekarang AirAsia tengah buat promo tu, beli sekali, boleh terbang berkali-kali sehingga tahun depan.

BACA : 7 Destinasi Menarik Yang Ada Di Sabah

Jadi kalau anda pilih destinasi Pulau Pinang, anda masih mencari tempat yang best untuk dilawati. Jangan risau, anda boleh lihat sini senarai destinasi yang menarik yang ada di Penang.

Pinang Peranakan Mansion

penang

Rumah ala muzium ini boleh anda kunjungi untuk mengenali dengan lebih lanjut budaya serta gaya hidup kaum peranakan atau dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Anda boleh mlihat perabot dan pakai tradisional yang sering mereka pakai. Reka bentuk ini masih mengekalkan bentuk lama dan anda pastinya terasa seperti di suatu masa dahulu.

The Postcard Shop

penang

Khusus buat pencinta poskad, anda mesti ambil kesempatan untuk singgah disini bila mai Penang. Mereka memiliki banyak poskad yang dijual dengan harga berpatutan, apatah lagi setiap poskad hadir dengan rekaan yang sangat menarik dan istimewa. Pengumpul poskad, kena datang sini.

Masjid Kapitan Kling

penang

Masjid tertua di Georgetown ini dibina oleh Syarikat India Timur sewaktu mereka tiba di Pulau Pinang sekitar abad ke-18. Ketua kaum India Muslim, Caudeer Mohudeen yang juga dikenali sebagai Kapitan Kling telah mendapat kelulusan bagi tanah seluas 18 ekar untuk membina masjid pada 1801. Masjid yang dilihat sekarang adalah dibina pada 1916 bagi menggantikan bangunan yang sebelumnya. Seni bina ala Moghul menjadikan masjid ini tampak lain daripada yang lain.

Jadi nanti kalau nak singgah solat, boleh datang Masjid ini untuk kerjakan ibadah.

Chocolate & Coffee Museum

penang

Siapa yang tidak suka coklat dan kopi kan. Dah sampai Penang tu, mai singgah ini. Anda singgah ke muzium ini yang dahulu dikenali sebagai The Chocolate Boutique bagi mendapatkan variasi coklat istimewa yang cukup menggiurkan. Dah sampai sini, boleh la dapatkan mana-mana coklat yang diminati kan.

Dewan Bandaraya Pulau Pinang

penang

Lokasi ini terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Reka bentuk bangunan tersebutala Inggeris lama yang menjadi ibu pejabat kerajaan tempatan. Ia sering menjadi tumpuan ramai kerana lokasinya yang strategik dan keunikan seni bina bangunan tersebut. Jadi anda boleh datang sini yang pastinya untuk kandungan Instagram anda kan.

Nasi Kandar Merlin

penang

Mai Penang tak sah kalau tak pekena Nasi Kandar. Kali lokasi di bandar Georgetown. Kedai makan yang boleh anda singgah adalah di Nasi Kandar Merlin. Ada pelbagai juadah nasi kandar dengan aneka lauk mengikut cita rasa. Menu-menu yang disediakan seperti Ayam Kicap, Ayam Goreng Berempah, Daging Hitam, Udang Galah dan banyak lagi. Anda kena cuba nasi kandar original datang daripada Pulau Pinang.

Leave a Comment