‘Malaysia Prihatin’ Dipilih Sebagai Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2020

Kerajaan telah memperkenalkan tema bagi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 iaitu ‘Malaysia Prihatin’. Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Dato’ Saifuddin bin Abdullah.

Seperti yang dilaporkan oleh Bernama, tema tahun ini adalah Malaysia Prihatin yang dipilih bagi digunakan bagi 2 perayaan iaitu pada Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September.

BACA : Kerajaan Mungkin Akan Buka Sempadan Malaysia Kepada Negera-Negara Ini Dahulu

Selain daripada pengenalan tema hari kebangsaan, di dalam sidang media yang di adakan di Auditorium Bangunan Pelita, Kuching itu, beliau juga telah mempertontonkan logo baharu yang akan digunakan sepanjang bulan kemerdekaan yang biasanya bermula pada 1 Ogos sehinggalah kemuncaknya pada 31 Ogos.

Prihatin Malaysia Dipilih Sebagai Tema Hari Kebangsaan 2020

Jadi pada tahun ini, selain daripada tema, logo juga baru seperti gambar dibawah. Logo antara gabungan bendera Malaysia dan bunga raya yang dioleh ke dalam bentuk ‘hati’. Nampak simple tapi bermakna

logo malaysia prihatin

Secara keseluruhannya, tema Malaysia Prihatin ini dipilih sebagai penghargaan, keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga malaysia mengharungi cabaran dan dugaan COVID-19 yang telah melanda negara sejak Februari lagi.

Maksud Malaysia

Ianya memberi maksud seluruh rakyat negara ini turut bersama-sama dengan kerajaan memerangi COVID-19 tidak kira anda seorang penjawat awam, atau dalam sektor swasta, sukarelawan, NGO atau seorang perseorangan.

Maksud Prihatin

Manakala bagi maksud Prihatin, ianya membawa maksud keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

Aktivit Sempena Hari Kebangsaan 2020

Kita sedia maklum, Kerajaan tidak akan mengadakan perarakan Kemerdekaan seperti tahun-tahun sebelumnya. Ini bagi mengelakkan kebarangkalian penularan COVID-19 yang mungkin berlaku. Tetapi Kerajaan telah merancang untuk melaksanakan 4 aktiviti utama lain iaitu:

  • Sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara bermula pada 9 Julai hingga 16 Sept 2020
  • Pelancaran Bulan Kebangsaan pada 28 Julai 2020
  • Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 28 Julai 2020
  • Sambutan Hari Kebangsaan 2020 pada 31 Ogos 2020 di Kuala Lumpur dan sambutan Hari Malaysia 2020 pada 16 Sept 2020 di Sibu, Sarawak

Tahun ini merupakan Hari Kebangsaan yang ke-63 selepas negara kita menyambut hari Merdeka yang pertama pada tahun 1957. Tahun demi tahun, akan diadakan hari kebangsaan dengan perkenalan tema dan logo yang silih berganti.

Jadi jom kita tengok senarai logo dan tema hari kebangsaan bermula 1976 hingga 2019.

logo malaysia prihatin

Jadi dalam banyak-banyak tema dan logo yang diperkenalkan ini, mana yang bermakna dan cantik sekali? kongsikan jawapan di ruangan komen dibawah

Leave a Comment