MATTA Fair Online Bermula 23 – 30 September 2020

Buat pertama kali, karnival percutian, MATTA Fair akan berlansung secara atas talian dengan nama MATTA Fair Online iaitu bermula 23 hingga 30 September 2020.

Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATTA) mengumumkan buat pertama kali MATTA Fair akan diadakan secara atas talian bagi dapatkan pakej menarik untuk pelancongan domestik dan antarabangsa dengan 100 peserta pameran yang mengambil bahagian untuk karnival kali ini.

matta fair online
MATTA Fair March 2018.

Pada tahun ini, mereka menggunakan tagline ‘Beli Dahulu, Melancong Kemudian’ atau ‘Buy Now, Travel Later’.

MATTA Fair Online Pertama Kali Di Adakan Secara Online

Jika tahun sebelum-sebelum ini, MATTA Fair di adakan secara fizikal yang berlansung setiap bulan Mac dan September. Tetapi pada tahun ini disebabkan penularan pandemik COVID-19, ianya tidak dapat di adakan seperti biasa.

Seperti yang dilaporkan oleh NST, lebih 1000 pakej percutian dan perlancongan dengan tawaran hebat disediakan pada Matta Fair Online kali ini yang melibatkan agensi daripada Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor.

Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan tawaran ini bermula 23 hingga 30 September 2020 ini dengan layari laman web www.mattafaironline.com.my.

Dapatkan pakej menarik untuk anda melancong di dalam Malaysia dan jika pintu sempadan negara dibuka semula kelak, boleh la ke luar negara pula.

Leave a Comment