Melaka Wonderland Theme Park Hadiahkan Pas Percuma Kepada Frontliners

Sempena pembukaan semula, Melaka Wonderland Theme Park & Resort menghadiahkan pas percuma kepada petugas barisan hadapan atau frontliners yang telah berjasa kepada negara bagi membenduk pandemik COVID-19.

Malaysia telah diserang dengan hebat daripada pandemik bermula Mac yang lepas. Jadi petugas barisan hadapan inilah yang berada di bahagian depan bagi melawan virus ini daripada terus menyerang rakyat Malaysia.

melaka wonderland

Dengan jasa inilah, Taman Tema Melaka Wonderland Theme Park and Resort tampil bagi menghargai jasa-jasa mereka yang sukar dibalas.

Melaka Wonderland juga antara destinasi tarikan menarik yang ada di Malaysia dan juga antara teman tema yang terkenal di seluruh Malaysia.

BACA : 17 Senarai Taman Tema Air Terbaik Bagi Setiap Negeri. Jom Main Air!

Pas Masuk Percuma Untuk Frontliners Di Melaka Wonderland Theme Park

Jadi bagi menghargai jasa petugas barisan hadapan, sempena pembukaan semula, Melaka Wonderland akan memberikan pas masuk percuma selama 3 hari bermula 17 Julai hinggai 19 Julai 2020.

Pas ini diberi kepada frontliners dari pelbagai pangkat termasuk petugas media. Jadi jika anda datang ke sana, anda hanya perlu menunjukkan kad perakuan kakitangan jabatan masing-masing bagi mendapatkan tawaran ini.

https://www.facebook.com/MelakaWonderlandThemePark/photos/a.10152386269529075/10157697212424075/?type=3

Bermula 17 Julai 2020 (jumaat), Melaka Wonderland Theme Park akan beroperasi semula seperti biasa:

  • Isnin (tutup kecuali cuti umum dan cuti sekolah)
  • Selasa hingga jumaat (11 pagi – 7 malam)
  • Sabtu, Ahad, Cuti umum & Cuti sekolah (10 pagi – 7 malam)

Untuk maklumat lanjut berkaitan tawaran ini, anda boleh hubungi Azri di talian 017-993 0217.

Leave a Comment