Jom Cuba Menu Baru McD, Spicy Chicken Burger With Apple Splice

McDonalds baru sahaja memperkenalkan menu baru hari ini, Spicy Chicken Burger with Apple Slices dimana gabungan antara burger ayam bersama epal yang menghasilkan rasa pedas manis.

Menu baru ini diperkenalkan pada hari ini (4 Feb) bagi seluruh outlet McDonalds di Malaysia. Jadi anda boleh dapatkan dimana-mana restoren McD berhampiran anda sekarang. Tapi disebabkan PKP, pastinya tiada dine-in, jadi anda boleh buat pesanan melalui McDelivery, secara pandu lalu atau menggunakan khidmat Foodpanda atau GrabFood atau mana-mana perkhidmatan yang disediakan.

Jika awal tahun, mereka memperkenalkan Burger Properity dan kini bagi menggantikan menu tersebut, maka muncul lah burger ayam pedas dengan epal. Sedap ke tidak? Jom baca review ringkas kami ini.

Review Spicy Chicken Burger With Apple Slices

Sepertinya, menu kali ini sedikit unik daripada menu-menu lain, ini kerana terkandung kepingan epal di dalam burger. Anda makan burger, anda makan epal dalam masa yang sama.

Menu baru ini mempunyai 2 jenis iaitu Spicy Chicken Burger dan juga Double Spicy Chicken Burger. Yang membezakan hanya jumlah patty ayam dan juga harga. Harga bagi Spicy Chicken Burger adalah RM17.34 dan double Spicy Chicken Burger berharga RM23.00. Untuk kedua-duanya, anda akan dapat sebuah burger, twister fries dan juga air gas.

spicy chicken burger

Dari segi luaran, disertakan roti bun yang lembut, daging ayam pedas, sos pedas manis dan sedikit kobis. Manakala untuk rasa pula, anda sepertinya makan sebuah burger Chicken McDeluxe tetapi ditambah 4 kepingan epal dan sos peda sedikit didalamnya.

Sebagai yang gemar pedas, menu kali ini tiada rasa pedas dan terpaksa diletakkan sos cili yang diberi. Manakala bagi rasa manis, mungkin ianya datang daripada epal tersebut sahaja. Jadi secara keseluruhannya, rasanya tidak la tak sedap atau pelik, tetapi tidak memuaskan dan tidak berbaloi dengan harga.

spicy chicken burger apple

Jadi mungkin ini adalah kali pertama dan kali terakhir untuk kami cuba burger ayam pedas dengan epal ini. Anda dah cuba? Bagaimana, kongsikan dengan kami di ruangan dibawah.

Leave a Comment