Mereka Yang Datang Daripada 3 Negara Ini Kini Tidak Dibenarkan Untuk Masuk Ke Malaysia

Semalam, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan dimana 3 sekatan kemasukan ke negara Malaysia terhadap 3 negara iaitu Indian, Indonesia dan Filipina.

Bilangan kes import COVID-19 dari hari ke hari menunjukkan peningkatan yang pastinya datang daripada sama warganegara Malaysia yang pulang bukan warganegara yang datang bagi beberapa urusan.

BACA : Beberapa Hotel Bakal Tamat Operasi Berikutan Pandemik COVID-19

Perkara ini sedikit sebanyak telah membimbangkan pihak Kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri. Oleh sebab itu, Kerajaan akan mengadakan sekatan kemasukan bagi pemegang pas jangka masa panjang bermula 7 September 2020 terhadap 3 negara tersebut.

3 negara

3 Negara Ini Tidak Lagi Dibenarkan Untuk Masuk Ke Malaysia

Kenyataan ini dibuat menerusi sidang media harian oleh Menteri Kanan Keselamatan baru-baru ini. 3 negara yang terlibat adalah negara India, Indonesia dan Filipina.

Sekatan kemasukan ini merangkumi :

  • Penduduk Tetap (PR)
  • Pas Program Malaysia My Second Home (MMH2)
  • Ekspatriat semua kategori termasuk Profesional Visit Pass (PLIK)
  • Pas Residen
  • Pasangan kepada Warganegara Malaysia (Spouse Visa)
  • Pelajaran Warganegara Berkenaan

Sebelum ini juga, KKM menjangkakan bilangan jangkitan COVID-19 akan meningkat kerana musim sejuk akan tiba tidak lama lagi bagi negara-negara yang berkaitan. Jadi tindakan ini perlu diambil bagi mengelakkan lebih banyak kes import yang masuk ke Malaysia.

Perang melawan COVID-19 masih belum selesai, jadi diharap kepada semua orang amalkan gaya hidup sihat dalam norma baharu. Sentiasa pakai face mask, amalkan penjarakan fizikal dan selalu cuci tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer. #kitajagakita

Leave a Comment