Perkhidmatan Tambang Feri Penang Percuma Selama 2 Minggu bermula 1 Januari 2021 Kepada Semua

Perhatian! Kepada orang ramai yang nak jalan-jalan Penang, bermula 1 Januari 2021 ini akan diberikan tambang feri Penang percuma selama 2 minggu.

Menurut perkongsian daripada facebook Penang Port sendiri, tambang feri percuma ini turut dipersetujui selepas perbincangan dibuat Bersama Menteri Pengangkutan, YB Dato’ Seri Dr. Wee Ka Siong Bersama Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dan ahli kumpulan MMC.

feri penang

Di Pulang Pinang antara tarikan utama yang tiada pada negeri lain adalah perkhidmatan feri nya. Anda boleh naik feri dan nikmati pemandangan laut disamping jambatan Pulau Pinang yang gah di tengah laut.

BACA : Antara 8 Senarai Pulau Di Malaysia Yang Kurang Popular Tapi Indah

Bermula 1 Januari 2020 ini juga, pihak pengurusan PPSB telah memperkenalkan feri baru iaitu feri bot laju yang mana hanya membawa penumpang pejalan kaki sahaja. Manakala feri lama atau feri sedia ada akan digunakan untuk membawa motosikal, basikal dan beca sahaja. Tiada lagi perkhidmatan untuk kereta.

Tambang Feri Penang Percuma Selama 2 Minggu

Jadi kepada anda yang ingin berjalan-jalan ke Pulau Mutiara, Pulau Pinang, anda anda boleh dapatkan tambang feri (untuk pejalan kaki sahaja) secara percuma selama 2 minggu bermula 1 Januari 2021 sehingga 14 Januari 2021. Selain itu, tempat letak kereta juga percuma

https://www.facebook.com/penangportofficial/posts/3688445187931227

Perjalanan akan bergerak dari Termminal Kapal Persiaran Jeti Swettenham (SPCT) dan Terminal Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) seawall 6.30 pagi. Perjalanan juga hanya mengambil masa 15 minit untuk perjalanan puncak dan 20 minit untuk perjalanan biasa.

Harga Tambang Feri

Untuk rekod pada hari-hari lain, tambang feri adalah masih sama dan tiada kenaikan iaitu harga tiket bagi dewasa adalah RM1.20 manakala RM0.60 bagi kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah dan orang kelaianan upaya (OKU).

Jadi pada mereka yang nak cuti-cuti Malaysia di Penang terutamanya, jangan lepaskan peluang untuk naik feri bot laju ini nanti. Jika datang pada awal Januari, dapatlah naik secara percuma sahaja. Yang penting patuhi segala SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan jankitan COVID-19 tau.

Leave a Comment