Nama Rasmi Dari Turki Kini Ditukar Kepada Turkiye

Nampaknya lepas ni kita tak panggil Turki dah apabila negara tersebut secara rasmi telah menukar nama tersebut kepada Türkiye dengan menggunakan bahasa mereka sendiri atas permintaan negara itu.

Pertukaran ini telah pun bermula sejak Disember yang lepas apabila Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengeluarkan memorandum dan meminta orang ramai menggunakan Turkiye untuk menggambarkan negara itu dalam setiap bahasa.

Oleh itu, Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu telah mengeluarkan surat permohonan yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres supaya memohon penggunaan Türkiye untuk semua urusan dan ianya dipersetujui.

Turkiye menzahirkan budaya, tamadun dan nilai rakyat Turki itu sendiri. Jadi selepas ini syarikat tempatan akan menggunakan ‘buatan Turkiye’ untuk barangan eksport mereka dan agensi negeri juga akan menggunakan Turkiye dalam urusan surat-menyurat mereka.

Leave a Comment