Boleh Dah Plan Untuk Nikmati Pemandangan Ala ‘Jurassic Park’ Di Sarawak

Sekarang sudah masuk Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kini ramai sudah plan untuk travel dan salah satunya adalah untuk datang ke Sarawak. Katanya ada kawasan yang seakan ‘Jurassic Park’ gitu

Ini lah perkara yang dikongsikan oleh seorang pengembara tempatan yang telah mengembara dan terjah kawasan di Padawan, Sarawak sehingga terjumpa sebuah kawasan baru dengan pemandangan yang sangat indah.

Aizaharwani MJ baru-baru ini telah kongsikan perjalanan beliau ke Banjaran Bengoh di Padawan Sarawak di facebook milik beliau dan akhirnya telah menjadi tular di seluruh platform media sosial.

https://www.facebook.com/aizaharwanimj/posts/10213063204134604

Jika anda lihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh beliau, anda akan terpesona dan merasai seolah-olah anda berada di dunia ‘Jurassic Park’ tetapi tiada dinosaur la dalam gambar-gambar tersebut.

“Hidden Gems” Di Sarawak

Beliau telah dapatkan local guide untuk membawanya melalui Banjaran Begoh tersebut bagi menempuh segala liku yang mengambil masa 4 jam pendakian.

BACA : 7 Destinasi Menarik Di Kuching Yang Anda Boleh Lawat

Dalam pendakian tersebut, Aizaharwani telah berhenti di 4 buah air terjun iaitu Air Terjun Curtain, Koring, Pe’an dan Susung yang mana sangat mengujakan beliau apabila melihat lokasi-lokasi tersebut. Ianya seperti sebuah tempat yang tidak pernah disentuh oleh tangan manusia iaitu sama seperti Jurassic Park.

Dengan pemandangan yang menakjubkan, pendakian 4 jam ini, berapakah kos yang perlu ditanggung untuk sampai ke sini? Menurut beliau, dengan harga RM40 anda boleh dapatkan local guide dan juga tambang bot.

Jadi jika anda ingin pergi ke Banjaran Begoh ini, pastikan anda turun di Lapangan Terbang Kuching dan terus pergi ke sini dengan lebih kurang 1 jam perjalanan.

Bila lagi kan nak terokai tempat-tempat ‘rare’ seperti ini. Lagi-lagi kepada mereka yang suka kan cabaran dan kaki hiking, ini adalah tempat baru anda. Jom terokai Sarawak ala-ala Jurassic Park.

Leave a Comment