Pakej Melancong Istimewa Penjawat Awam Dengan Tawaran Diskaun Sehingga 60%

Baru-baru ini, Tourism Malaysia mengumumkan pakej melancong istimewa Penjawat Awam dengan kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM) dan kolaborasi bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Pakej Melancong Istimewa ini pastinya melibatkan pelacongan domestik sahaja dimana sempadan negara masih lagi ditutup. Selain itu, di kala musim PKP dan pandemik COVID-19 ini, golongan penjawat awam adalah mereka yang paling kurang terkesan dan mempunyai pendapatan boleh belanja yang lebih tinggi berbanding golongan lain. Jadi mereka ini yang mampu melonjakka semula ekonomi negara.

Pakej Melancong Istimewa Untuk Penjawat Awam Sepanjang Tahun 2020

Melalui kempen #PakejCutiPenjawatAwam, Tourism Malaysia menawarkan penjawat awam dengan tawaran diskaun sehingga 60% dengan mengfokuskan produk-produk pelancongan domestik seperti hotel, penginapan, walk in tourist dan banyak lagi.

Tempoh tempahan pakej ialah sehingga 30 September 2020 manakala tempoh sah lawatan ialah sehingga 31 Disember 2020.

Seperti di dalam siaran media, sebanyak 11 agensi pelancongan yang mengambil bahagian mempromosikan pakej percutian 2 hari 1 malam dan 3 hari 2 malam yang melibatkan hotel bertaraf 5 dan 4 bintang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Genting Hinglands dengan menawarkan harga pakej serendah RM120 seorang.

Selain itu, bagi pakej pengunjung harian (walk in tourist) pula dengan tawaran diskaun harga tiket sehingga 30% seperti Putrajaya tour, Bangi Wonderland, I-City Shah Alam, Farm In The City, Genting Highland, Sky Bridge KLCC, Sky Mirror Kuala Selangor dan banyak lagi. Katanya lagi, dengan setiap pembelian akan diberi tiket menaiki bas Hop On Hop Off secara percuma.

pakej melancong istimewa

Jadi kepada penjawat awam khususnya jangan lepaskan peluang ini. Kesemua pakej istimewa ini boleh di dapati di laman sesawan Tourism Malaysia di www.malaysia.travel/deals-packages dibawah #PakejCutiPenjawatAwam

Leave a Comment