Pakej ‘Beli Sekarang, Menginap Bila-Bila Masa’ Ditawarkan Di Batam, Indonesia

Salah satu cara menarik pelancong untuk datang ke Batam, Montigo Resort ada buat tawaran pakej ‘Beli sekarang, menginap bila-bila masa sahaja’ di pusat penginapan mereka di sana. Inilah masa untuk bercuti di Batam.

Sekarang kan masih musim COVID-19, boleh ke travel ke luar negara? Jangan risau, sebab itulah tawaran ‘buy now, stay anytime’ ini diperkenalkan. Anda boleh beli sekarang dan anda bebas untuk datang ke Batam untuk bercuti dalam masa 2 tahun. Jadi kalau sempadan negara sudah dibuka semula kelak, boleh la terbang ke sana.

Beli Sekarang, Menginap Bila-Bila Masa Di Batam, Indonesia

Tawaran ini diberi kepada pelancong dengan potongan 50% bagi menginap di Montigo Resort dengan 3 pilihan villa yang disediakan. Antaranya adalah studio yang mempunyai 1 bilik, villa mewah dengan 2 bilik tidur beserta kediaman dengan 3 bilik tidur. Lebih menarik, siap ada private pool tau di bilik dan ditambah lagi dengan pemandangan Laut China Selatan yang memukau lagi-lagi bila terbit matahari kan.

BACA : Ikuti Perkongsian Pengalaman Bercuti Di Pulau Batam Dan Bintan, Indonesia

Harga permulaan yang ditawarkan bermula serendah S$199 atau sekitar RM850 untuk 2 orang. Jika anda berminat untuk membuat tempahan anda boleh pergi terus ke laman Montigo resort dan tempah sekarang.

Aktiviti Menarik Di Montigo Resort Batam, Indonesia

batam

Selain daripada menginap di villa mewah, disini juga terdapat banyak aktiviti yang ditawarkan dan disediakan oleh pihak Montigo Resort. Antaranya adalah memancing, sukan air, paintball, lawatan ke tapak warisan di Batam, lawatan di tempat-tempat menarik sekitar Batam dan banyak lagi.

Jadi dah ada plan untuk bercuti di Batam? Jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan tawaran ini yang sah dan boleh digunakan sehingga 2 tahun tau.

Leave a Comment