Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakaran Pemulihan (PKPP) akan diperkenalkan selepas tamat PKPB pada 9 Jun 2020. Keputusan ini dibuat selepas statistik jangkitan COVID-19 dalam kalangan rakyat tempatan semakin rendah dan terkawal.
Keputusan ini diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas baru-baru ini. Dalam ucapan tersebut, beliau juga memuji para petugas barisan hadapan dan semua rakyat Malaysia yang memberi kerjasama bagi membendung dan malawan penularan COVID-19 di Malaysia.
PKPP Diperkenalkan Bermul 10 Jun Hingga 31 Ogos 2020


Selepas PKPB tamat pada 9 Jun ini, ianya akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020.
Berita yang paling mengembirakan pada tempoh ini adalah, dimana rakyat Malaysia dibenarkan rentas negeri iaitu bermula 10 Jun untuk balik ke kampung bagi berjumpa dengan ibu bapa. Tetapi ianya dikecualikan kepada kawasan yang diistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Dengan arahan PKPP ini juga, dengan tiada lagi sekatan rentas negeri, akviti pelancongan domestik akan dibenarkan. Jadi sepanjang PKPP, kita semua boleh la melancong di dalam negeri yang pastinya perlu mengamalkan norma baharu sepanjang perjalanan.
Tapi melancong ke luar negara, tetapi tidak dibenarkan kerana sempadan negara masih tutup.
BACA : Tempat Menarik Di Melaka Yang Anda Boleh Datang Bercuti
Jadi bermula 10 Jun ni, anda sudah boleh buat itinerari untuk bercuti kemana sahaja destinasi di dalam negara pada bila-bila masa. Sambil bercuti, kena amalkan penjarakkan sosial, pakai face mask di tempat sesak dan selalu amalkan cuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer.
Jadi anda dah plan nak bercuti ke mana selepas ini?
[…] Yeah! Pelancongan Domestik Dibenarkan Sepanjang PKPP […]