Penginapan Kapsul. Tarikan Terbaru di Pantai Balok, Kuantan

Di Pantai Balok, Kuantan kini terdapat sebuah tarikan terbaru dan menarik yang anda boleh cuba iaitu penyediaan penginapan kapsul. Penginapan unik yang anda boleh cuba bila datang ke Kuantan.

Di Pahang khususnya di Kuantan terdapat banyak pantai-pantai yang cantik untuk anda berkelah atau bermain air luat. Jika anda datang ke Kuantan, boleh singgah di Teluk Cempedak, Pantai Balok, Pantai Cherating dan banyak lagi. Antara yang terkenal adalah di pantai balok dengan pantai yang bersih dan canggih.

pantai balok

BACA : Tempat Menarik Di Pahang Yang Anda Boleh Lawati

Biasanya setiap hujung minggu pastinya ramai penduduk tempatan dan luar Pahang sendiri datang ke sini untuk nikmati keseronokan di sini. Pelbagai aktiviti yang boleh dibuat di Pandai Balok bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.

Antara aktiviti yang anda boleh buat disini seperti mandi laut, bermain ATV, sukan bola tampar pantai, bola sepak pantai, berkayak dan banyak lagi. Terdapat sewaan terhadap sukan-sukan tersebut disini kerana ianya dijaga oleh pihak kerajaan tempatan sendiri.

Tarikan Terbaru Di Pantai Balok

Selain daripada aktiviti kekeluargaan, disini pun sebenarnya anda dibenarkan untuk bercamping tau. Memang ada kawasan disediakan. Nak buat family day, aktiviti pantai dan sebagainya.

Tetapi kali ini, Pantai Balok tampil lagi dengan lebih menarik dimana kini disediakan tempat penginapan dalam bentuk kapsul. Ya! anda kini boleh bermalam di dalam kapsul (bulat) yang disediakan di tepi pantai untuk orang ramai, tak perlu tidur dalam khemah lagi.

Tarikan terbaru ini telah menyediakan 5 kapsul penginapan. Anda boleh bermalam disini bersama yang tersayang. Jika anda berminat, anda boleh buat pra tempahan melalui talian 019-9123563 atau emel kepada wan_normadiah@yahoo.com

Dengan bayaran RM60/malam, anda boleh dapatkan sebuah kapsul yang disediakan di dalamnya sebuah katil king untuk anda berehat bersama-sama air cond untuk menyejukkan bilik anda tersebut. Di luar daripada bilik tersebut, juga disediakan sebuah bangku dan meja untuk anda bersantai dengan keluarga.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai bermalam di dalam kapsul dan di tepi pantai tau. Datang Kuantan dan merasainya sendiri.

2 thoughts on “Penginapan Kapsul. Tarikan Terbaru di Pantai Balok, Kuantan”

  1. kapsul balok..ok wlupun toilet kat lua..mmg tenang..
    tapi xtenang dh.sbb der sukan neka.sptt ye jauh ckit dri pginapan ni.dtg dri jauh nk rehat² ..bngn pgi meja sndri dpn kapsul pn.brebut..gn mak ayh tadika.
    selepas tu bdk² bukak2 pintu..dgn ank xleh nk tido.bdk2 bukak.pintu bilik..skli kne jergah.pukul kat tgn je msa tu mmg dpn bilik die brni bukk pintu bilik..lari g kat mak ..kne rakam haha??nk syg ank.berpada²..prvsy..
    tu kpsul mjlis..nk rht2..spoii..mmmm…

    Reply

Leave a Comment